Assalamualaikum wbt,

Sejak berlaku covid-19, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meringankan ekonomi rakyat Malaysia. Antaranya adalah i-lestari yang telah diberikan bermula bulan Jun 2020 hingga Dec 2020.

Kini, kekangan Covid dan ekonomi rakyat Malaysia belum pulih dan memerlukan bantuan dari kerajaan melalui pengambilan wang dari kwsp kedua iaitu i-sinar.

Apa itu i-Sinar?


i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

I-SINAR, i-sinar
i-Sinar sebenarnya kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk mengambil duit simpanan kita. Jika sebelum ini, kwsp hanya boleh dikeluarkan selepas umur 55 tahun dan keatas. Namun begitu, hikmah covid-19 juga membantu kita keluarkan duit sendiri dengan lebih cepat.

Syarat Kelayakan Memohon i-Sinar

Kategori 1

  • Untuk ahli yang mempunyai baki akaun 1 kurang daripada RM100,000 , jumlah pengeluaran maksimum RM10,000.
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM5,000
  • Jangka masa pembayaran sehingga 6 bulan

Kategori 2

  • Untuk ahli yang mempunyai baki akaun 1 melebihi daripada RM100,000 , jumlah pengeluaran maksimum RM60,000.
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM10,000
  • Jangka masa pembayaran sehingga 6 bulan

Bila Boleh Mohon i-Sinar Dan Bagaimana Untuk Mohon?


Permohonan i-sinar boleh dibuat bagi kategori 1 bermula pada 21 December 2020 dan kategori 2 pada 11 Januari 2021. Permohonan i-sinar boleh dibuat di https://www.kwsp.gov.my/

i-Sinar tidak diberikan kepada semua, tetapi terdapat 2 kategori yang boleh memohon i-sinar ini. Iaitu:

1. Kategori 1

i-sinar
  • Ahli yang sudah lama tidak mencarum
  • Suri rumah
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di sektor ekonomi gig
  • Hilang pekerjaan
  • Cuti tanpa gaji
  • Hilang sumber pendapatan
  • Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
  • Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan keatas sejak 1Mac 2020.

Bila Permohonan i-Sinar diBuka?

Bagi kategori 1, permohonan boleh dibuat bermula 21 December 2020 dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

2. Kategori 2

i-sinar
  • Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas.

Syarat Permohanan

  • Dokumen sokongan perlu dilampirkan
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaundan/aau tuntutan kerja lebih masa

Tarikh Permohonan

  • Permohonan i-sinar boleh dibuat pada 11 Januari 2020
Soalan Lazim i-Sinar

Soalan Lazim i-Sinar

1. Apa itu i-Sinar?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.



2. Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?

Kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori seperti di bawah:

Kategori 1Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.



3. Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?
  1. Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  2. Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  3. Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my



4. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama
Nota:
  1. Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
  2. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.



5. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.




6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.



7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawahBaki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000
Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.

Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).

Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.

Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki Akaun 1Amaun pengeluaran maksimumPembayaran bulan pertama
RM4,500RM4,400RM4,400
RM10,000RM9,900RM5,000
RM70,000RM10,000RM5,000
RM100,000RM10,000RM5,000
Baki Akaun 1Amaun pengeluaran maksimumPembayaran bulan pertama
RM100,001RM10,000RM10,000
RM500,000RM50,000RM10,000
RM800,000RM60,000RM10,000



8. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula.




9. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.