Assalamualaikum wbt,
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, itu adalah lumrah dan fitrah bagi setiap wanita. Pernahkan anda mengimpikan wajah cantik dan awet muda kekal sehingga diusia tua? Ianya tidak mustahil jika anda mampu mengamalkan tips yang dikongsikan oleh YBhg Datin Sri Normala Samsudin bagaimana beliau diusia 50an masih kekal cantik dan awet muda.
Siapa yang tidak kenal dengan figura hebat dikaca televisyen suatu masa dahulu, seringkali wawa turut menantikan rancangan popular yang dihoskan oleh beliau iaitu NONA. Setiap kali tiba waktunya, wawa tidak akan lepaskan peluang untuk melihat dan mendengar butir kata dari Datin Sri. Datin Sri Normala sangat cantik dan wawa suka dengar beliau cakap.
Selain daripada itu, kerana apa tau, sebab wawa masa kecil dulu pernah berimpian menjadi seorang pengacara dan pembaca berita. Wawa suka sangat dengar pembaca berita dan pengacara TV3 bila dieorang bercakap sangat profesional dan cantik, elegant. kan?
Hari ini, wawa kongsikan 10 rahsia kecantikan Datin Normala Samsudin supaya kita semua dapat amalkan dan menjadi awet muda seperti beliau pada usia 50an nanti.
10 Rahsia Kecantikan Datin Normala Samsudin Di Usia 50an
- Solat jangan tinggal walau di mana jua kita berada dan dalam apa jua keadaan. Solat itu hukumnya wajib dan menjadi tiang agama. Hikmahnya juga, air wuduk yang kita ambil itu menjadi penyeri wajah. Selalulah berwuduk.
- Latih minda untuk berfikir yang baik-baik dan buat perkara baik-baik juga. Positifkan diri dan jangan berdengki dengan orang lain yang lebih hebat daripada kita.
- Bersyukur selalu kepada Allah swt atas setiap kurniaannNya.
- Makanan itu memang rezeki buat kita nikmatinya dengan penuh kesyukuran. Namun, jaga juga makan dan minum itu jangan sampai terlalu kekenyangan. Amalkan berpuasa seminggu sekali atau sebulan sekali. Ia sangat bagus untuk memberi ruang pada perut kita untuk berehat seketika.
- Banyakkan makan ulam-ulaman. Inilah amalan orang dulu-dulu yang sangat bagus untuk dalaman dan luaran kita.
- Penjagan kulit wajah menerusi produk bersesuaian juga membantu memperlahankan penuaan. Item penjagaan muka paling penting ialah pelembab wajah. Jangan sesekali ditinggalkan.
- Sesibuk mana pun rutin harianmu, pastikan kamu mendapat waktu tidur yang cukup.
- Saya banyak melakukan aktivti hiking, swimming, yoga muka dan yoga badan. Latih badan untuk bergerak aktif walau pada usia semakin meningkat.
- Untuk makanan rohani, amalkanlah selawat sekerap mungkin.
- Saya memang sukakan solekan yang tipis sahaja. Serlahkan keserian wajah aslimu kerana ia lebih menawan dan indah.
Rahsia Kekal Jelita Di Usia 50an |
Selain itu juga, pengambilan supplemen tambahan yang semulajadi dapat membantu meningkatkan kecantikan wajah, keserian kulit dan melambatkan proses penuaan wajah anda. Nutrisi yang cukup untuk kesihatan membantu menyerlahkan lagi kecantikan dan awet muda apabila menginjak usia 40an, 50an dan 60an.
Baca juga tentang supplemen kecantikan;
Jom semua, kita jaga kesihatan diri dan kulit untuk diri sendiri dan suami. Semoga Allah redha.
3 Comments
mmg cantik berseri dia ni..zaman dia muda dulu zaza suka sgt tgk dia kat tv
ReplyDeletememang cantik, suka jugak tegok kt NONA zaman budak2 dulu.
ReplyDeleteicon sangat dia ni. cantik sentiasa..
ReplyDeletedulu kecik2 dok tngk macam barbie doll lawa je..
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊