Assalamualaikum wbt,

5 Western Restaurants You Must Check Out in Kuala Lumpur


Malaysia merupakan syurga makanan. Lagi-lagi untuk kawasan Kuala Lumpur yang serba serbi jenis makanan ada. Pelbagai menu boleh didapati dengan mudah termasuklah untuk makanan western. Antara restoran makanan barat yang semakin gah dengan menu sedap mereka adalah seperti : 


#1- Islamic Sixty9 Steakhouse


Ramai pelanggan yang memuji layanan pantas para pekerja di restoran Islamic Sixty9 Steakhouse ini. Fasilitinya juga baik dan ada banyak tempat meletak kenderaan yang berdekatan dengan restoran Islamic Sixty9 Steakhouse. Restoran ini turut tersenarai dalam 10 Best Halal Steaks in KL oleh havehalalwilltravel.com. 



Sama ada anda mahu steak, pizza, atau burger, kesemuanya sangat sedap dan berpatutan. Ruang restorannya pula sangat selesa untuk menjamu selera. Sekali datang ke restoran ini rasanya bagai ingin datang lagi berulang-ulang disebabkan rasa makanannya yang memukau dengan layanan yang mesra bagaikan santapan di raja. 



Alamat: Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 1130pm) | Jumaat (3pm – 1130pm)


#2 - Copper


Restoran yang terletak di Menara Shell ini mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya. Sudahlah pemandangan restoran sangat menarik ditambah pula dengan menu yang menyelerakan.


Restoran Copper merupakan restoran yang menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Hampir semua hidangan yang boleh didapati di sini mendapat pujian daripada para pelanggan yang berkunjung ke restoran ini. Menunya boleh dikatakan agak ringkas dengan harga yang berpatutan. 


Tak hairanlah kenapa Restoran Copper ni sering menjadi tumpuan para pasangan yang baru berkahwin dan sedang bercinta. Malah ia turut dipilih sebagai tempat meraikan sesuatu yang special di antara dua hati yang sedang berkasih. 


 Alamat: Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambantham

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1130am – 430pm) |  Selasa – Sabtu (630pm – 10pm)


#3- Spoon Steakhouse


Kat Malaysia ni siapa yang tak kenal dengan Chef Zam. Chef Zam merupakan salah seorang tukang masak yang sudah famous dengan mutu masakan dan gaya menu masakannya yang sedap dan pelbagai. 


Antara menu utama yang paling banyak mendapat permintaan di Spoon Steakhouse ini adalah kepingan daging bakar (steak) yang sangat sedap, lembut, segar dan menyelerakan. 



Spoon Steakhouse ini juga turut memasukkan hidangan tempatan ke dalam menu mereka bagi mempelbagaikan  dan menyesuaikannya dengan citarasa masyarakat tempatan. kualiti makanan yang dikatakan lima bintang iaitu cukup lazat dan dengan kuantiti yang banyak telah menjadikan restoran Spoon ini semakin terkenal dan disebut ramai dari hari ke hari.



#4- Me’nate Steak Hub


Nama Me’nate semakin hari semakin gah dan dikenali ramai. Kini Me’nate boleh tersenyum puas kerana berjaya menjadi salah sebuah steakhouse yang sangat popular di Malaysia. Ia bukan saja terkenal di kalangan pelanggan tempatan malah pelanggan dan pelancong dari luar negara juga. 


Me’nate saat ini sudah berjaya memiliki beberapa buah cawangan seperti di Ampang dan Setapak. Harga boleh dikatakan agak mahal tapi amat berbaloi dengan apa yang anda perolehi. Kualiti stik di sini memang dijamin terbaik. Chef utama merangkap owner untuk restoran Me’nate ini dikatakan bukan calang-calang orang kerana pernah menyajikan hidangan hasil air tangannya untuk santap keluarga di raja. 



Terdapat banyak pilihan daging, layanan pantas dan mesra, serta ruang makan yang selesa. Me’nate turut memahami kehendak pengunjung Islam dengan menyediakan surau di restoran mereka. Antara yang boleh anda cuba ialah Shakshuka, Roast Beef, Suquet de Prix dan Sea Bass Spaghetti Arrabiata.


Alamat: Starpac Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm) | Jumaat (3pm – 11pm)



#5 - Moon’s Kitchen


Restoran Moon’s Kitchen merupakan sebuah restoran yang berasal daripada sebuah gerai kecil yang beroperasi sejak tahun 1998. Kebanyakan menu yang dihidangkan di sini diinspirasikan oleh menu daripada negara Barat seperti Perancis, Itali dan juga Eropah kerana ia mempunyai cita rasanya yang tersendiri. 


Antara menu yang ditawarkan di Moon’s Kitchen ini adalah seperti Sizzling Steak, Pasta,Burger, Fish & Chip dan juga Fillet Tempura. 



Selain dari itu, Restoran Moon’s Kitchen juga turut mempunyai beberapa menu sampingan lain yang sering menjadi pilihan para pelanggan seperti Black Pepper Steak, Chipotle BBQ Beef Ribs dan Roasted Garlic Pepper Lamb. Daging yang digunakan untuk membuat hidangan ini diimport khas daripada Australia.  Suasana restoran ini sangat ceria walaupun dekorasinya agak ringkas seperti dinding yang  dipenuhi mercy tanda yang terkemuka seperti replika menara Eiffel dan banyak lagi. 



Alamat: Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 330am), ditutup pada hari Isnin


Nak Makan Menu Western Terbaik Di Rumah Sendiri? Foodpanda Kan Ada!


Ya, jika anda ingin menikmati menu western terbaik di rumah sendiri tanpa ingin susah payah keluar dari rumah, anda boleh cuba-cuba melihat menu pilihan yang ada melalui aplikasi Foodpanda. Servis western food near me dari pihak Foodpanda ini bukan saja 

Menjimatkan masa malah dapat membantu mereka yang tidak sempat untuk menyajikan makanan sendiri di rumah. 



Seperkara lagi, mungkin juga anda berasa kurang sihat dan tiba-tiba tekak terasa untuk menikmati makanan barat. Guna saja bantuan dari Foodpanda tanpa perlu pening kepala lagi. Yang pasti, segalanya hanya di hujung jari. Selamat menjamu selera.