Assalamualaikum wbt,

20 Himpunan Resepi Masakan Menu Ayam | Sejak PKP makanan paling mudah nak masak adalah ayam. Setiap kali keluar cari lauk, ayammenjadi pilihan sebab nak cepat kan. Malas nak berlama-lama kat luar untuk mencari lauk mentah yang lain. Bila hari-hari dengan ayam, pasti pening nak pilih apa menu yang tak membosankan seisi keluarga.

Di sini mommy kongsikan 20 himpunan resepi masakan berasaskan ayam. Masaklah jenis apa sekalipun, disini ada resepinya. Dibawah ini khas untuk anda, mencari resepi untuk masak menu ayam.

20 Himpunan Resepi Masakan Menu Ayam

Resepi Masakan Ayam
1. Resepi Ayam Masak Halia
Resepi Ayam Masak Halia
Bahan bahan:
  • ayam - dipotong kecil ( digoreng dgn kunyit & (halia y ditumbuk) )
  • 6 biji bawang merah - hiris
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
Bahan sos:
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • Garam
  • Gula

Bahan lain:

  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 1 inci halia - hiris panjang
  • 4-5tangkai cili padi - diketuk

Resepi Asal : Soul Sweet Kitchen

2. Resepi Ayam Geprek Sambal Hijau

Resepi Ayam Sambal Hijau
Jangan lupa pairkan dengan timun,tauhu & tempe just goreng guna garam dan kunyit saja.


Bahan Sambal Hijau

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili besar hijau
  • Cili padi hijau
  • Maggi cukup rasa*
  • Limau*
  • Gula*
*Sis tak letak minyak gorengan dalam sambal ada orang dia letak



Bahan Ayam Goreng:

  • Tepung bestari/tepung ayam
  • Telur
  • lepas dah goreng penyekkan guna lesung batu 

Cara-Cara:
  1. Bersihkan ayam, celup ayam dalam telur dan disalut pula dengan tepung bestari/ tepung ayam. Kemudian goreng sehingga masak.
  2. Goreng bahan-bahan bawang merah, putih, cili besar hijau dan cili padi hijau dengan api perlahan. Angkat dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan maggi cukup rasa, limau dan gula. Boleh dihidang dengan nasi.
3. Resepi Ayam Masak Kandaq
Resepi Ayam Masak Kandaq
Bahan-Bahan:
*Ayam (goreng dulu gaul garam kunyit)
Bawang merah

bawang putih

halia skit je
Blander 3 benda kat atas nie


Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak. (minyak jgn terlalu skit)
  2. Campak daun kari dengan batang2 skali dalam 5 ke 6 batang
  3. Masukkan bahan yang dah blander tadi
  4. Tumis smpai garing dan naik bau
  5. Masukkan cili blander (rebus cili kering dan blander) tak boleh guna cili blander segera
  6. Tumis smpai naik minyak
  7. Masukkan asam keping /air asam jawa
  8. Masukkan garam, secukup rasa skit dan gula skit
  9. Masukkan kicap kipas udang
  10. Bila rasa dah sedap, masukkan ayam yang dah goreng tadi. Gaul sebati dan siap! nak msuk kentang dah siap goreng pun boleh.
4. Resepi Ayam Panggang Simple Sedap
Resepi Ayam Bakar Simple
Bahan-Bahan:


  • 1/4 ekor ayam
  • 5 tbsp kicap cair
  • 1 tbsp kicap pekat
  • 1 tbsp sos tiram
  • 2 tbsp gula
  • 1 biji Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia

Cara-Cara:

1. Rebus ayam sampai ayam tu half cook mcm tu la. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan kedalam ayam.
3. Masukkan semua bahan kedalam ayam. Perapkan selama 2 ke 3 jam paling cepat 😅
4. Masukkan sedikit minyak ataupun xpyh minyak depends. Pastu korang goreng la settle.
5. Nak ketuk or nak biar seketul2 mcm tu pun depends la 😬 siap!

Resepi Asal : Qieyanis

5. Resepi Ayam Masak Kicap Keknie’s Style.

Resepi Ayam Masak Kicap Kekni's Style
Bahan-Bahan:
•Ayam sekor (potong kecik, gaul garam kunyit & goreng separuh masak pastu ketepikan)
Bahan A (Blend)
  • Bawang besar 6 biji
  • Bawang kecik 4 ulas
  • Halia besar ibu jari
  • 1 sudu besar cili boh

Cara-Cara:
  1. Tumis bahan blend tadi dalam minyak goreng ayam tadi sampai pecah minyak. Masa tumis tu letak sekali kicap ikut hitam mana nak.
  2. Dah pecah minyak masukkan ayam dan kentang.
  3. Masak sampai ayam betul masak dan kentang lembut.
  4. Kalau kering tambah air sikit.
  5. Dah masak semua, perasakan dan letak la daun bawang. Dah siap!
Resepi Asal : Keknie

6. Resepi Ayam masak Ujang
Resepi Ayam Masak Ujang
Bahan-Bahan:
  • Bahan tumbuk Cili padi
  • Bawang besar sebelah
  • Halia Bawang putih Belacan skit (saya tak letak)

Bahan Lain:

  • Ayam bahagian isi potong kecil-kecil, goreng sekejap ye, bagi masak ayamnya
  • Hiris bawang besar sebelah lagi,
  • Hiris cili padi 
  • Ketok bawang putih seulas 
  • Sos tiram 
  • Sayur kacang panjang agak-agak je (saya letak carrot sekali) 
  • Air skit bagi kuah
Cara-Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak. Masukkan bawang hiris, bawang putih. dah layu masukkan ayam, sos tiram, kacau letak air sikit kacau dah pekat masukkan kacang panjang & cili hijau, masak kejap tutup api. siap

Resepi Asal : Alyn Yuslyn

7. Resepi Ayam Masak Kicap 
Resepi Ayam Masak Kicap
Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam gaul dengan garam dan kunyit (goreng)
  • 1biji Bawang merah (hiris) 2 ulas
  • Bawang putih (ketuk) Halia (hiris) tumbuk @ blend 1 bawang merah, 1 biji bawang putih & halia.
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili 1 sudu sos tiram 2 sudu sos abc 1 sudu kicap pekat 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air (if nak berkuah letak lebih skit) 1 batang Kayu manis 2 Bunga cengkih 1 bunga lawang
  • 1 batang serai (ketuk) Bawang besar potong bulat Ubi kentang (goreng dulu) Cili padi Daun sup & daun bawang
Cara-Cara : 
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga kekuningan.
  2. Masukkan bawang-bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi.
  3. Masuk cili kisar & rempah, masak hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis. Kacau-kacau (boleh masukkan bawang besar potong bulat, masukkan ayam goreng, gaul sebati nampak pekat sangat masukkan sedikit air.
8. Resepi Ayam Masak Tomato
Resepi Ayam Masak Tomato
Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar(belah 6)*goreng 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 10 tangkai cili kering yang direbus dulu(kisar) 
  • 6 sudu besar sos cili 
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu sos tiram 
  • 1 biji tomato(belah 6) 
  • 1 ekor ayam(potong 12) 
  • Daun sup(di racik) 
  • Garam, gula & perasa
Cara-Cara:
  1. Goreng ayam(muda-separuh garing).angkat,tos& asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi,tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram,sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.
9. Resepi Ayam Madu Serbuk Cili Babas

Resepi Ayam Masak Madu
Bahan-Bahan:
  • Garam
  • Gula @ madu
  • Ajinomoto (jika suka)
Cara-Cara:
kacau semua biar menjadi pes (letak air) *Perap 5-6jam,lagi lama lagi sedap‼️ *Bakar separa masak celupkan smula dalam perapan tadi, ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering . *SELAMAT MENCUBA*

Resepi Asal : BawangChannel

10. Resepi Ayam Percik Kelantan
Resepi Ayam Percik Kelantan
RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perapan:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa

Bahan untuk kuah:
10 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
2 pek santan pekat
1 batang serai
1 inci halia
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak:
  1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
  2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
  4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat.
  6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
  7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi. Siap!
Resepi Asal : ChannelBawang

11. Resepi Ayam Goreng Rangup

Resepi Ayam Goreng Rangup
Bahan-Bahan:

  • Serbuk Kunyit 2 sudu, guna lebih pun tak pe
  • Serbuk Kari ayam / ikan 2 sudu
  • Serbuk cili 2 sudu
  • Tepung jagung 2 sudu
  • Tepung beras 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Biji jintan Putih, lebih harum
  • Segengam daun kari
  • Kalau nak masukkan b.putih ,b.merah & Halia yang digiling pun boleh.

Cara-Cara:
  1. Perapkan ayam dengan bahan 2 tadi setengah jam.
  2. Goreng dgn minyak panas...biar ayam tenggelam dlm minyak.
  3. Jangan kacau ayam tengah kita Goreng ya, nanti masalanya akan keluar dr daging ayam.
  4. Hidangkan panas panas.
Resepi Asal : ChannelBawang



12. Resepi Ayam Masak Cili Padi
Resepi Ayam Masak Cili Padi

Bahan-Bahan:
  • Ayam
  • Santan
  • Halia*
  • Kunyit hidup
  • Halia*
  • Serai
  • Bwg besar*
  • Bwg putih*
  • Belacan*
  • Asam keping
  • Kentang
  • Cili merah*
  • Cili hijau*
  • Daun kunyit
  • Kisar bahan yang bertanda*

Cara-Cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Campakkan beberapa batang serai.
  3. Masuk kan sedikit cili kisar.
  4. Dah pecah minyak masukkan kentang dan sedikit air(agak2).
  5. Campakkan beberapa asam keping.
  6. Kentang dah separuh masak
  7. Boleh masukkan ayam.
  8. Agak2 air ayam dah keluar tu dan ayam pun separuh masak boleh masukkan santan.
  9. Akhir sekali boleh masukkan bahan perasa.
  10. Dan hirisan daun kunyit.
  11. Didihkan dan siap untuk dihidang.
Nota:
Kepekatan kuah ikut citarasa sama ada nak pekat atau cair begitu juga dengan kepedasan.

Resepi Asal : Adie Idris

13. Resepi Ayam Bakar berempah

Resepi Ayam Bakar Berempah

Bahan-Bahan:

1 ayam potong 4
1 bawang putih kisar
2 cm halia kisar
1 bawang merah kisar
4 sb gula merah
1 kiub ayam hancurkan
2 sb serbuk cili
1 sb kunyit
4 sb sos tiram
1 sb serbuk kasar jintan manis (buat sendiri)
1 sb serbuk kasar jintan putih (buat sendiri)
Garam
3 sb jus limau
2 sb butter untuk disapukan atas ayam selepas keluar dari ketuhar


Cara-Cara:

Gunakan pisau tajam dan buat potongan halus diatas ayam.Gaul semua bahan dan sapukan di ayam. Perap selama 2 jam. Bakar diketuhar 250c selama 60 mins.



Resepi Asal : pari malar thoraisingam

14. Resepi Ayam Bakar Mix Herba

Resepi Ayam Bakar Mix Herba
Bahan-Bahan:
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Minyak zaitun
  • Halia
  • Perasa Maggi
  • Sos black pepper
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Madu
  • Sedikit air
Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

Resepi Asal : Ema HidaYah

15. Resepi Ayam Masak Kam Heong
Resepi Ayam Masak Kam Heong
Bahan-Bahan:
  • Ayam 1/2 ekor
  • 2 biji bwg besar/hollad potong dadu
  • 3 ulas bwg putih ketuk je
  • 3 tangkai daun kari
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
  • 2 sudu mkn rempah kari ayam bancuhkan
  • 2-3 sudu mkn sos tiram
  • 2-3 sudu mkn sos cili
  • 2-3 sudu mkn kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa



Cara-Cara:
  1. Goreng ayam ketepikan.
  2. Tumis bwg besar, bwg putih, daun kari dn cili padi hgga naik bau dn kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari masak hgga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dn kicap. Perasaakn dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap! Sedap dimakan dengan nasi panas2. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.. Selamat mencuba!
Resepi Asal : BawangChannel

16. Resepi Kerabu Kaki Ayam
Resepi Kerabu Kaki Ayam
Bahan-Bahan:
  • Kaki aym (rebus smpai lembut)
  • Bwg merah
  • Serai
  • Bunga kantan
  • Daun limau purut
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Tomato
  • (semua hiris nipis)
Cara-Cara:
Gaul sekali, perah asam limau. Masuk ckit kicap sotong kalau suka. Gaul sebati dengan kaki ayam ( nak lagi sdap campur dengan sweet thai chili sauce mae pranom..ckup rasa masam manis)

Resepi Asal : norhamidah abdul hamid

17. Resepi Ayam Masak Ungkep

Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan:

  • Ayam 1ekor-digoreng separuh masak
  • *cili api-nak lagi pedas tambah lebih sikit
  • *bawang merah(kecil)-5biji
  • *bawang putih-5biji
  • *halia
  • *kunyit
  • *serai-2batang
  • *ketumbar & jintan
  • Asam jawa/asam keping
  • Bahan-bahan yang bertandar * dikisar halus
  • Santan
  • Daun kunyit
  • Kentang
  • Lada besar sebagai hiasan

Cara-Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar tadi
  3. Biarkan sampai naik minyak
  4. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan juga kentang
  5. Masukkan sedikit air jika pekat
  6. Masukkan santan
  7. Masukkan air asam jawa/asam keping..saya suke masukkan air asam jawa baru umpphh rasa dia hehe
  8. Masukkan garam/penambah perasa/sedikit gula
  9. Tunggu sehingga pekat dan siap dihidangkan
Resepi Asal : Eykakarim

18. Resepi Ayam Masak Merah Che Wan
Resepi Ayam Masak Merah Chef Wan
Bahan-Bahan:
  • Minyak sapi 6sudu besar.
  • Kulit kayumanis 1cm.
  • Bunga cengkih 4 kuntum.
  • Buah pelaga 4biji.
  • Air 125ml.
  • Ayam 1kg, dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng sampai masak dan diasingkan.
  • Kismis hitam 125g, dicincang halus .
  • Sos tomato 250ml.
  • Madu 3sudu besar.
  • SeraI 1batang, dititik.
  • Lengkuas 1cm, dititik.
  • Garam Secukuprasa.
  • Bijan 2sudu kecil, digoreng tanpa minyak sehingga wangi.
  • Daun pudina1tangkai.

Bahan Dikisar Halus:

  • Bawangmerah (10ulas, dikupas)
  • Bawangputih (2ulas, dikupas)
  • Halia (2cm, dikupas)
  • Serai (1batang)
  • Cili kering(15 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan)

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
  2. Wangi, masukkan sedikit air, ayam yang telah digoreng, kismis hitam, sos tomato serta madu. Kemudian, masukkan serai, lengkuas dan garam. Masak sehingga ayamnya empuk.
  3. Sebelum diangkat, taburkan bijan di atasnya bersama dengan daun pudina.
19. Resepi Nasi Ayam
Bahan untuk nasi:
  • Bwng merah kecik
  • Halia
  • 3 sekawan
  • Planta
  • Kiub ayam
  • Daun pandan

Cara-Cara

  1. Cairkan planta dalam kuali, tumis 3 sekawan. Bwng merah dan halia hingga garing.
  2. Masukkan daun pandan, tumis lagi. Masukkan garam dan kiub ayam gaul sebati. Kemudian masukkan beras yg siap dicuci. Goreng beras bersama bahan. Pindah kan kedalam rice cooker. Masukkan air dan sukat seperti biasa dan jangan lupa tekan.

Bahan untuk Ayam:

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Tumbuk bawang putih dan halia

Cara-Cara:

Masukkan semua bahan kedalam kuali. Tambah air. Masak seperti rebus.  Ulang2 tambah air sikit2.  Sampai ayam masak. Kemudian keluarkan ayam. Goreng sekejap dgn myk yg panas.

Sos lebihan ayam td masak sehingga likat. Simpan dan boleh makan bersama nasi. Sedap!



Resepi Asal : nur aisya 


20. Resepi Ayam Masak Stew
Resepi Ayam Masak Stew
Bahan-Bahan:
Ayam potong kecik kecik


1 biji bawang holland dihiris

2 biji bawang putih diketuk

1 inci halia dihiris halus
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga



Tumis semua tu sampai wangi. Then masukkan :



1 sudu sos tiram

1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu lada hitam ditumbuk
Air sedikit jika perlu



Korang boleh tambah sukatan sos tu ikut sesuai rasa. Kalau nak lagi umph boleh buat 2 ke 3 sudu camtu.



Gaul kejap baru masukkan ayam dan renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh.

Lepas tu masukkan :



1 biji kentang dipotong dadu

1 biji lobak merak dipotong dadu
1 kiub ayam
Garam gula secukup rasa
Air sedikit ikut nak kuah banyak mana



Bila kentang lobak dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Haaa dah pun siap. Boleh la tabur daun bawang daun sup masa menghidang.

Resepi Asal : Resepi Sedap