Assalamualaikum wbt,
Penang merupakan "Syurga Makanan", bak kata Alif Satar. "Hangpa kalau pergi Penang, tak mai makan memang sia-sia." haha
Mommy memang suka tengok video Alif, rasa macam terus nak terbang pergi Penang sekarang dapatkan makanan macam-macam di sana. Yalah, sudah nama syurga makanan pasti, mesti semuanya ada. Nak tahu tak apa makanan yang mommy nak makan bila sampai sana? Mommy nak senaraikan 10 menu hidangan yang wajib mommy cuba bila pergi Penang.
10 Makanan Suka Sangat Makan Kalau Dapat Pergi Penang
1. Char Keow Teow
Char Keow Teow |
Antara menu pertama yang mommy cari bila sampai Penang adalah Char Keow Teow. Mommy tahu Char Keow Teow dari Penang memang tak boleh lawan dengan tempat lain. Aduh, bekecau liur mommy sambil menaip entry ini. Char Keow Teow Penang memang padu bila udang melimpah keluar.
2. Mee Udang
Mee Udang Sg Dua Penang |
Menu kedua mommy nak sangat makan bila dapat pergi Penang adalah Mee Udang. Mommy pernah makan Mee Udang Sungai Dua tahun 2006 ke berapa, serius sedap gila. Mommy belum jumpa lagi mee udang Penang yang sedap di negeri lain. Mommy akan hunting dengan makanan kalau pergi Penang, syurga makanan betul di sana.
3. Laksa Penang
Laksa Penang |
Jika ke Penang tidak akan lengkap jika tidak mencuba Laksa Penang. Namanya sahaja sudah menggambarkan dari mana ia berasal. Betul kan? Antara makanan yang pasti mommy dapatkan bila sampai dekat Penang adalah Laksa Penang. Laksa kegemaran mommy sejak dulu hingga kini.
4. Nasi Kandar
Nasi Kandar |
Nasi kandar menjadi pilihan mommy nak dapatkan bila sampai dekat Penang. Nasi yang bercampur dengan pelbagai jenis lauk, jika tidak dicuba amat rugi sekali. Ini antara juadah yang wajib kita cuba bila sampai di Penang. Rasai keunikan yang tersendiri pada nasi kandar.
5. Pasembur
Pasembur |
Pasembur adalah makanan yang tidak akan mommy lepaskan peluang untuk makan. Makanan terkenal ini menjadi bualan masyarakat seluruh Malaysia jika berkunjung ke Penang. Rugi pula mommy tak cuba bila dah sampai di Penang kan? Pasembur merupakan antara makanan yang menjadi pilihan mommy bila berkunjung ke Penang nanti. Fuhh, kecur liur weh.
6. Ikan Bakar
Ikan Bakar |
7. Burger LayoQ
Burger LayoQ |
8. Cendol Penang
Cendol Penang |
9. Nasi 7 Benua
Nasi 7 Benua |
Nasi 7 Benua ini akan menjadi salah satu makanan yang mommy suka sangat nak makan bila dapat pergi Penang. Belum pernah mommy jumpa nasi 7 benua di mana-mana negeri selain dari di Pulau Pinang. Nasinya yang unik mempunyai 7 jenis berlainan dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Menarik kan.
10. Laksa Tempurung
Laksa Tempurung |
Yeay, ini adalah makanan terakhir yang pasti mommy cari dan dapatkan bila sampai di Penang. Laksa Tempurung makanan yang disajikan begitu unik sekali dan membuatkan mommy tidak sabar untuk berkunjung ke Penang.
Jika ke Penang pasti anda teruja untuk menikmati pelbagai juadah makanan yang terdapat di negeri Pulau Pinang. Kini, anda tidak perlu risau jika merancang untuk bercuti ke Penang kerana anda boleh makan walau dimana sahaja dengan menggunakan khidmat Food Delivery Penang di apps FoodPanda Malaysia Delivery. Hebat bukan?
Ye betul, semudah ABC anda cuma perlu install di mobile phone dan aktifkan applikasi FoodPanda Malaysia Delivery dan pilih mana-mana makanan yang mommy recommended kepada anda 10 menu terbaik dibawah yang mesti anda cuba. Setiap pilihan anda nanti akan di hantar oleh Food Delivery Penang. Mudah ke mudah?
4 Comments
CKT..cendol..fav saya!
ReplyDeleteKebetulan bakal berhijrah ke Penang, terus pasang niat nak mkn mcm2..haha..
wahhh, bestnyaa.. Penang memang syurga makanan. macam2 ada.
Deletebila lah nk datang penang lagi... sedapnya semua makanan tu
ReplyDeletelepas covid 19 reda boleh jalan2 penang.
DeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊