Assalamualaikum wbt,

Semalam mommy bersama keluarga pergi ke Paka, dalam fikiran mommy jerebu mungkin sudah berkurangan. Namun, sangkaan mommy meleset sama sekali. Pencemaran udara dan pemandangan kabus di Paka masih berada pada paras kurang sihat.

Mommy juga difahamkan IPU indeks Pencemaran Udara di kawasan pantai barat masih berada pada tahap kurang sihat. Justeru, mommy nak kongsikan 5 langkah mudah yang boleh diambil untuk lindungi diri dan yang tersayang dari kesan jerebu.


5 LANGKAH MUDAH LINDUNGI DIRI DAN TERSAYANG DARI JEREBU


1. Kekal Hidrasi

  • Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk kekal hidrasi.
  • Selain untuk elak kesan jerebu, ia mampu melembapkan kulit , kurangkan kekeringan tekak dan dapat singkirkan toksin.


2. Banyakkan Berada Di Dalam Bangunan (Indoor)


  • Elakkan melakukan aktiviti diluar rumah.
  • Tutup tingkap dan pintu bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan pejabat.

3. Pakai Penutup Hidung

  • Pakai mask yang sesuai supaya dapat tapis debu dan habuk dari masuk ke paru-paru dan saluran pernafasan.




4. Mesti ada Kit Perlindungan Jerebu


  • Topeng hidung N95
  • Sanitizer tangan
  • Nutriferon vitamin
  • Air performance natural orange
  • Omega guard


5. Aktifkan Perlindungan Anda


  • Lindungi badan anda secara semulajadi dengan Nutriferon.
Semoga anda sekeluarga terus dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang masa.