Friday, 20 September 2019

ALERT! AMBIL TAHU TAHAP JEREBU DI TEMPAT ANDA

Assalamualaikum wbt,

ALERT! AMBIL TAHU TAHAP JEREBU DI TEMPAT ANDA.


Sinar Harian online melaporkan hari ini Malaysia catat IPU Pencemaran Udara ketiga tertinggi dunia. Sejak beberapa minggu yang lalu, negara kita dilanda jerebu ekoran berlaku kebakaran di Kalimantan Indonesia. Ekoran kebakaran tersebut, menyebabkan tahap IPU negara kita berada dalam keadaan sangat berbahaya.

Mengikut laporan semasa, negeri Sarawak merupakan negeri paling terkesan dengan jerebu apabila bacaan IPU Indeks Pencemaran Udara iaitu 414 setakat jam 9 pagi ini di Sri Aman dicatatkan. Dikuti beberapa daerah lain di Sarawak masing-masing mencatatkan IPU, Sarikei (232), Samarahan (218) dan Kuching (248) pula kekal di tahap sangat tidak sihat.

Keadaan jerebu yang kian melarat ke bahagian semenanjung memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Setakat hari ini beberapa buah sekolah telah diarahkan kerajaan ditutup bagi mengelakkan masalah kesihatan kepada pelajar. 

Jika disekolah kerajaan arahkan untuk tutup, namun pekerja disektor yang lain masih bekerja seperti biasa. Oleh itu, seharusnya kita mengambil tahu tahap jerebu di tempat masing-masing. Sekurang-kurangnya kita mengetahui berapakah IPU Indeks Pencemaran Udara di kawasan rumah, kerja dan sepanjang perjalanan kita.

Tindakan ambil cakna ini, membolehkan anda untuk bertindak dengan lebih berwaspada bagi mengurangkan timbul masalah kesihatan pada diri dan juga keluarga.

Bagaimana saya nak tahu tahap IPU di kawasan saya? Dan bagaimana pula saya ingin mengetahui tahap IPU itu berbahaya, sangat tidak sihat atau normal?

Oh ya, anda semua jangan risau. Dibawah ini mommy kongsikan jadual tahap IPU.



Jika sudah anda ketahui tahap IPU Indeks Pencemaran Udara di tempat anda, apakah langkah yang perlu anda lakukan?

Mommy juga ingin kongsikan tips dan langkah-langkah mudah yang patut diambil supaya anda sekeluarga kekal sihat ketika musim jerebu ini.



Ikuti 6 langkah diatas bagi mengurangkan kesan kesihatan kepada diri anda dan keluarga akibat jerebu. Selain daripada itu, yang paling penting pengambilan supplemen secara bijak dan konsisten mampu melindungi diri dan keluarga anda dari kesan kesihatan akibat jerebu.

Nak tahu apakah supplemen yang sesuai di musim jerebu? Jangan lupa baca dibawah ini ye.


Sekiranya ada pertanyaan atau ingin dapatkan supplemen dari mommy, boleh terus hubungi kami melalui whatsapp di button hijau dibawah belah kiri ya. ")

Semoga anda dan keluarga sentiasa sihat, ceria dan habagia.


2 comments:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊