Friday, 19 July 2019

10 Bunyi Tingkatkan Vibration Dan Energy Dalam Diri

Assalamualaikum wbt,

Sejak belajar bersama dengan Tuan Afnan Rosli di kelas online Methamoposis baru mommy sedar banyak benda lagi yang perlu kita belajar. Betul orang kata, lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tak tahu.

Orang yang merasakan dirinya serba tahu adalah orang yang belum habis belajar. hehe

Ilmu ni mommy dapat dari Tuan Afnan Rosli. 

10 Bunyi untuk tingkatkan vibration dan energy dalam diri.

Sebelum ni kita dah belajar yang semua benda adalah Energy, semua benda ada getaran yang tersendiri, dan kita menarik perkara-perkara yang sama getaran dengan kita.

Jika kita pada High Vibrations, maka kita menarik dalam hidup kita, banyak perkara-perkara yang best-best. Jika kita pada low Vibrations, maka kita sedang menarik dalam hidup kita banyak perkara malang, sedih, buruk dan sebagainya.

Antara teknik untuk tingkatkan kita punya Vibrations bagi sentiasa pada getaran tinggi ialah dengan tenang kan minda kita. Salah satu cara nya ialah menggunakan bunyi. Ini ialah:

10 BUNYI YANG BOLEH TINGKATKAN VIBRATIONS ANDA:

1. BUNYI BURUNG:

- Bunyi kicauan burung sangat menenangkan minda dan buat otak kita rasa terbang seperti burung. Damai, lapang dan indah.

2. BUNYI AIR MENGALIR:

- Bunyi air mengalir sangat melunakkan hati, melapangkan dada dan mententeramkan minda. Antara nya ialah bunyi Ombak menghempas pantai, bunyi air terjun, bunyi air sungai yang mengalir, dan bunyi air hujan.

Sebab tu kalau hotel mewah, rumah orang kaya atau pejabat mewah, mesti ada Air Terjun. Sebab dia mengubah suasana dan meningkatkan Vibrations.

3. BUNYI ALAT MUSIC:

- Bukan semua music meningkatkan Vibrations. Pilih music yang tenang seperti Piano, Biola, seruling. Ini alat music yang menenangkan. Bergantung pada music yang di mainkan juga. Biasanya Kebanyakkan music yang di mainkan oleh 3 alat ini meningkatkan Vibrations.

4. BUNYI TILAWAH Al-Quran:

- Al Quran ni mukjizat, dia sangat Ajaib. Susunan huruf, makhraj huruf dan bunyi huruf itu sendiri sangat ajaib dan memberi Vibrations yang sangat tinggi pada pendengar nya.

Macam saya cakap dulu, Setiap ayat Quran ni, tersimpan ratusan malah ribuan mathematical calculations yang otak perlu buat untuk membaca nya. Vibrations otak kita akan tinggi waktu baca Al Quran.

5. BUNYI SUARA YANG TERSAYANG:

- Pernah tak waktu kita bercinta dulu, rasa bahagia je sentiasa. Semua benda nampak cantik. Langit nampak lebih biru, daun nampak lebih hijau, makanan terasa lebih sedap saat kita bercinta. Rasa hidup penuh makna kan.

Kita kena increase rasa love kita tu tinggi-tinggi, supaya bila dengar suara orang tersayang, kita Vibrates at Love, Caring, Grateful, Bless, Joy and Bliss.

Biasanya, orang-orang ini ialah, Mak, ayah, anak-anak, isteri/suami.

6. BUNYI 528hz:

- 528 hertz ni juga di kenali sebagai “LOVE Frequency”. Menurut Dr. Leonard Horowitz 528hz ialah pusat “musical mathematical matrix of creations”. Dahsyat 528hz ni. Anda boleh google untuk lebih info.

7. BUNYI 432hz:

- Magic number ini di kenali sebagai Natural Frequency of the universe. Ia dikatakan mempunyai cosmic healing power dan mampu menarik crowd untuk datang pada kita. Kerana gelombang nya synchronised dengan Frequency alam.

8. BUNYI ANGIN:

- Nikmat nya bunyi angin ni buat kita hilang semua masalah kita, seolah-olah semua beban hidup di bawa terbang bersama angin yang bertiup.

Macam saya sekarang berada di tepi pantai. Ya Allah nikmat angin bertiup ke muka itu luarbiasa. Sangat luarbiasa.

9. BUNYI DEGUP JANTUNG:

- Untuk bunyi jantung ni ada dua cara. Pertama pejamkan mata, be aware of pernafasan kita. Then mula listen closely to our heart beat. Beri seluruh perhatian pada degup jantung kita. Masa tu akan rasa tenaaang sangat. Rasa syukur sangat.

Kedua boleh pasang utube, bunyi degup jantung. Saya pernah tidur sambil dengar degup jantung. Rasa macam duduk dalam rahim ibu.

10. BUNYI ZIKIR:

- Bunyi alunan zikir dia connects kita dengan Kuasa yang lebih besar. Allah. Jadi kita rasa sangat tenang. Rasa syukur, rasa di cintai, rasa bless, di Rahmati.



Semoga bermanfaat, terima kasih Tuan Afnan Rosli dengan ilmu ini.

1 comment:

Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊