Assalamualaikum wbt,

Bagi yang pertama kali nak jadi mami, pasti pening macam mana nak beli nursing bra yang sesuai dan best. Betul kan? Kita tak tahu macam mana yang sesuai dengan kita. Inilah dilema yang kak wawa alami seawal pregnant. Nurse beberapa kali ingatkan untuk bertukar ke nursing bra jika merasa tidak selesa dengan bra biasa yang kita pakai.

Disebabkan pertama kali hamil dan kak wawa tiada pengalaman dalam memilih nursing bra yang sesuai dan brand yang best untuk dipakai. Sejak usia kandungan 6 bulan lagi, kak wawa dah rasa kurang selesa pakai bra biasa, mungkin disebabkan oleh pertambahan saiz badan yang menjadikan ia sedikit ketat. Walaupun sebelum itu, kak wawa baru sahaja beli yang baru.

Selepas usia kandungan menjejak ke 7 bulan, ketidakselesaan makin terasa apabila memakai bra yang biasa. Jadi, kak wawa decide untuk beli juga nursing bra. Kak wawa dan suami decide ke kedai Little Genius sebab dekat situ macam-macam kelengkapan untuk ibu dan bayi. Dalam banyak-banyak brand, kak wawa tertarik dengan brand Shapee Seamless Nursing Bra sebab beli 2 percuma 1. haha

Walaupun harganya boleh tahan, tapi ada percuma 1 tu rasa macam berbaloi laa kan beli. Bila tengok sample, ehh bestnya kain di, sejuk sangat, lembut dan menyerap peluh, bahagian bawah pula jenis getah lembut yang tak mencekam lilit dada. Tak lama lagi nak menimang cahaya mata, bahagian depan boleh cabut apabila nak menyusukan anak. 



Hari ni kak wawa tengok dekat shopee & lazada, wahh banyak rupanya yang tengah jual brand shapee nursing bra. Kak wawa sangat recommend untuk uols guna brand shapee ni tau. Harganya pun berpatutan dan paling penting selesa dipakai.