Assalamualaikum wbt,

Malam ni baru kak wawa berkesempatan merasa sendiri Durian Mcflurry, durian jenis D24 diadun bersama vanilla ais cream menjadikan Mcflurry lemak berkrim disukai ramai. 


Durian Mcflurry 👍🏻


Semalam gigih kak wawa pergi cari kat Mcd, nak rasa macam mana Durian Mcflurry yang digembar gemburkan sangat best ni.

.
Biasa kak wawa beli ais cream vanila je, kali ni nak cuba durian Mcflurry.

.
Serius best, rasa durian original dicampur dengan vanilla ais cream. Fuhh, lemak berkrim dan sejuk di dalam mulut.😍

Husband kak wawa pun suka, berebut kami makan. hihi

Siapa yang belum cuba, kena cuba uols.

Haa, 17hb ni kita ada Mcd ada event best punya iaitu “All You Can Eat D24 Durian Mcflurry” .


Sila tandakan kalendar siap2 naa, 17hb July 2018 (selasa). Ehh, esok laa.

Kat mana tu? Semua cawangan Mcdonalds seluruh Malaysia.

Anda cuma perlu bayar rm10 sahaja & free untuk 3 tahun ke bawah, boleh makan sebanyak mana uols nak.

Ada 2 sesi tau,

Sesi 1 : 3- 4 pm
Sesi 2 : 5-6 pm

Pendaftaran : 30 minit sebelum event bermula & setiap sesi hanya untuk 20 orang sahaja.

Any info, boleh lihat disini:
https://www.facebook.com/142518590022/posts/10160546522080023/

#teambpt #mcdonaldsmalaysia #durianmcflurry