Assalamulaikum wbt,
Selamat pagi dan selamat menunaikan tanggungjawab anda kembali bagi yang sudah mula bekerja hari ini. Rutin kembali seperti biasa, mulai hari anda dengan penuh keceriaan di bulan syawal. Walaupun sudah mula bekerja, namun kemeriahan menyambut syawal masih terasa. Kan?
Seperti biasa, kak wawa mulakan hari dan pagi dengan breakfast sama ada berat mahupun ringan wajib untuk kak wawa ambil, supaya ia beri tenaga kepada badan kita sepanjang hari. Hari ini, kak wawa breakfast dengan 2 keping roti gardenia, segelas milo dan sebotol ESP shaklee dicampur dengan susu penuh cream dutch lady.
Rasanya yang lemak dan kurang manis, menambah selera kak wawa di waktu pagi dan mengenyangkan sehingga tengah hari. Kenapa ESP shaklee bekalkan tenaga dan memberikan kekenyangan dalam masa yang lama?
Ini kerana kandungan Glisemik Indeks (GI) dalam ESP shaklee sangat rendah. Bila GI rendah ia membantu mengekalkan tenaga dalam badan kita dalam masa yang lama kerana ia memproses penukaran makanan kepada tenaga dilakukan secara perlahan-lahan. Siapa yang amalkan ESP shaklee, mereka akan dapat mengurangkan pengambilan nasi kerana tenaga melalui ESP shaklee dapat bantu bekalkan tenaga yang cukup untuk mereka.
Jika GI sesuatu makanan tinggi, ia memproses penukaran makanan kepada tenaga dengan cepat. Jadi, perasan atau tidak, bila proses penukaran kepada tenaga dengan cepat ini berlaku menyebabkan kita sangat-sangat bertenaga diwaktu pagi dan bila sampai tengah hari dan petang, badan kita mulai rasa keletihan. Dan ini menyebabkan kita perlukan makanan lagi untuk membantu memberikan tenaga yang lain pula. Contoh terdekat adalah nasi.
Nasi mempunyai GI yang sangat tinggi. Apabila kita makan nasi di waktu pagi, badan kita sangat bertenaga dan kita perlukan nasi lagi untuk dapatkan tenaga yang baru. Betul kan?
Kenapa kak wawa ambil ESP shaklee ketika hamil? Waktu hamil, orang kata makan untuk dua orang dan menyebabkan kita sentiasa lapar. Kak wawa akui, setiap masa memang nak makan. Jika tidak dikawal secara bijak, ia boleh mengundang risiko pertambahan berat badan secara mendadak.
Tahukah anda, pertambahan berat badan secara normal ketika hamil adalah 1-2kg sahaja sebulan. Jika melebihi berat yang disyorkan, anda berisiko untuk kena minum air gula banyak kali. hehe
Jadi, kak wawa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan set kehamilan shaklee terutamanya ESP dan Omega Guard untuk mengawal pertambahan berat badan secara melampau. So far, alhamdulillah berat badan kak wawa masih dalam range yang normal.
Jom jaga kesihatan.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊