Kepentingan Omega-3 Sebelum Hamil, Ketika Hamil Dan Selepas Bersalin.
Assalamualaikum wbt,
Tahukah anda, di setiap peringkat kehamilan, bermula dari proses kelahiran hinggalah ke penyusuan, ia merupakan masa berharga untuk perkembangan sihat anak anada. Salah satunya adalah asid lemak paling penting untuk ibu dan kesejahteraan bayi iaitu asid lemak Omega-3, Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexaenoic (DHA).
Selain untuk kepentingan bayi, Omega-3 juga sangat penting untuk ibu sejak sebelum hamil, ketika hamil dan juga selepas bersalin. Jom kita lihat, apa kebaikan Omega-3 untuk ibu dan bayi anda.
Sebelum Kehamilan
Sebelum hamil, pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk hamil kerana ia membantu :
1. Wanita
- Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
- Membantu mengatur kitaran haid.
- Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Lelaki
- Meningkatkan kepekatan sperma.
- Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.
Ketika Sedang Hamil
Apa yang anda ambil semasa hamil menentukan kesihatan bayi anda. Pengambilan Omega-3 di dalam pemakanan harian anda dapat membantu:
1. Ibu
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
- Menggalakkan tempoh kehamilan optimum.
- Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklamsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan).
2. Bayi
- Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.
- Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika didalam janin.
- Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.
- Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.
- Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
- Menggalakkan perkembangan saraf otak.
Selepas Bersalin dan Ketika Penyusuan
Selepas bersalin dan persediaan penyusuan bayi, asid lemak Omega-3 sangat penting untuk kedua-duanya, iaitu:
1. Ibu
- Mengurangkan risiko kemurungan postpartum.
2. Bayi
- Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.
- Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.
- Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif ekzema.
- Menyokong perkembangan penglihatan.
- Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.
Keistimewaan ibu hamil mengambil asid lemak Omega-3 ketika hamil
Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.
Adakah anda ibu yang sedang hamil?
Adakah anda ibu yang sedang merancang untuk hamil?
Adakah anda ibu yang baru bersalin dan sedang menyusu?
Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan bayi anda. Ingin dapatkan Omega-3 dari kak wawa?
Hubungi kami:
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
019-9966576 (Kak Wawa)
BYG Families
Page FB : Kedai Vitamin Pengerang
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Penawar
Pengeposan ke seluruh Malaysia
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊