Assalamualaikum wbt,

Hai semua, selamat pagi. Bulan puasa dah tak lama nak menjengah kita, ramai yang sibuk mencari resepi dan menu untuk dihidangkan pada keluarga. Paling runsing kaum isteri la, pening kepala sudah fikirkan nak masak apa untuk 30 hari nanti.😄

Dalam pening mencari resepi, jangan dilupa persiapan untuk beribadah. Lebih mudah ajak anak beranak berbuka di masjid, tak perlu pening kepala nak fikir masak apa.

Berbuka di masjid bukan sebab kita miskin, tetapi mencari pahala lebih dengan mengurangkan aktiviti lain. Kita tak fikirkan dah nak masak apa kan, tambah pula sebelum waktu berbuka kita boleh bertenang, beristighfar dan perbanyakkan doa. Waktu tu kan mustajab doa kita. Betul dak?

Ok takpe, ini cara paling mudah wawa nak bagitau korang. Makan kat kedai pun boleh juga, sekali sekala kan? 😋

Menu yang wawa nak share ni, menu biasa je tapi bagi wawa sedap sangat. Setiap kali pergi makan kat kedai penawar ni, memang wawa akan order menu yang sama. Kali ni kami makan berbeza sebab suami nak makan nasi kerabu. Wawa ambil tomyam dan ayam goreng kunyit. Serius sedap, kedai dia paling hujung wawa dah lupa nama kedai tu.😄


Haa, ini menu yang wawa selalu pilihlah. Ada lagi beberapa menu lain, cuma tak ada ambil gambar. Antaranya kerabu sotong, kailan ikan masin, sup tulang dan lain-lain.

Korang boleh cuba nanti kalau tak tahu nak makan kedai mana yang sedap, boleh roger wawa. Haha