Assalamualaikum wbt,
Jerebu” (pencemaran udara) meningkatkan
risiko rakyat Malaysia diserang penyakit semput, jangkitan pada saluran
pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan
kulit.
KITA HIDUP DI DALAM DUNIA BERACUN
Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam
persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan
kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk,
peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu
berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak
berkhasiat.
Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan
tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan
menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada
berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis
penyakit.
Detox sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat kerana anda hidup di dalam dunia penuh beracun. Detox bantu meneutralkan kembali keasidan dan ketoksikan yang ada di dalam tubuh anda.
Lima Saluran Utama Toksin yang perlu
diberikan perhatian
1. PEMAKANAN
Makanan yang diproses, mengandungi bahan
pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam
hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.
2. UDARA
Pencemaran udara yang sering terjadi
seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit
seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi
terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.
3. AIR
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan
pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air
paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan
yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan
kerosakan organ dalaman.
4. TUBUH BADAN ANDA
Setiap hari, tubuh anda juga menghasilkan
toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan
kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain turut mengeluarkan toksin.
Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin
dengan sendirinya.
5. GAYA HIDUP
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih!
Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara
pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak
dari yang sedia ada.
TUBUH BADAN MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP
MASA (Detox)
Biarpun dalam keadaan normal dan sihat,
tubuh anda akan terus mendetoks (detox) kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi
memastikan ianya kekal bersih. Tubuh anda boleh mendetoks dengan sendirinya.
Badan kita telah dilengkapkan dengan organ
yang membantu untuk proses detoks. Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk
kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar
peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh anda, atau menyahtoksin bagi
memastikan anda kekal sihat. Malahan kulit anda menghasilkan toksin melalui
peluh.
1. PARU-PARU - membuang berbagai jenis gas
seperti karbon dioksida dari saluran darah anda.
2. SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang
sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan
toksintoksin yang lain dari tubuh anda. Malah kulit anda juga menyahtoksin
melalui kelenjar peluh.
3. BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari
darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh anda
melalui pundi kencing.
4. SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan
pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin
anda tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari
tubuh anda setiap kali anda melakukan proses pembuangan.
DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS
Jadi, sekiranya tubuh anda membersihkan
dirinya sendiri, mengapa anda perlu detoks? Anda perlu tahu dengan sokongan
nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh anda akan menjadi lebih kuat mendapatkan
semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan
menurunkan berat badan anda agar tampak lebih baik, sihat dan segar!
Ibaratkan diri anda seperti kereta, di mana
ia memerlukan minyak untuk kekal bergerak, namun, sehebat mana pun kereta itu,
lambat laun; ia tetap akan mengalami kerosakan bagi mengekalkan prestasi
peringkat optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan serta diganti minyak hitam
dan tayarnya. Tanpa bantuan tambahan, badan anda mungkin akan dipenuhi toksin
dan kesihatan anda akan turut terjejas. Semakin lama toksin terkumpul dalam
tubuh, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan
fungsi tubuh anda. Detoks ini bererti kita mengurangkan beban toksik yang
terkumpul di dalam badan dan mengekalkan pretasi organ detoks di dalam badan
kita ini.
Kini anda telah tahu apa itu detoks,
teruskan membaca siri detox daripada Shaklee untuk ketahui lebih lanjut
mengenai manfaat dan kehebatannya.
Ingin rasai kehebatan Detox bersama shaklee? Dapatkan fullset detox anda dengan kak wawa.
Info lanjut tentang fullset Detox, ketahui supplemen sokongan untuk bantu anda detox dengan lebih berkesan.
BELI online di SINI, dan Tuan/Puan hanya perlu tunggu sahaja tempahan tiba di rumah sendiri dengan selamat.
Hubungi kami untuk info/order:
Your Certified Shaklee Product Consultant:
Wan Rokiah Wan Ismail / Kakwawa (0199966576)
Direct Wassap:
COD Bandar Penawar / Desaru / Bayu Damai
Pengeposan ke seluruh Malaysia
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊