Assalamualaikum wbt,
Semua orang ingin kelihatan lebih muda, bila ditanya apakah anda ingin kelihatan tua?
Jawapannya, sama sekali tidak. Jika dikatakan kamu nampak tua, kamu nampak seperti makcik-makcik pastinya ramai yang berkecil hati. Betul bukan? Itu realiti naluri setiap orang, jangan kamu nafikan melainkan kamu sudah berputus harapan.
Bagi merialisasikan impian untuk kelihatan cantik dan lebih muda, ada sesetengah membuat rawatan dengan cara mengasari kulit dan prosedur pembedahan yang menyakitkan, padahal itu bukanlah satu-satunya cara yang ada untuk kelihatan cantik dan lebih muda. Kekal muda dan kelihatan muda dengan agen pemadam penuaan yang menakjubkan dan mudah diamalkan.
8 Cara Untuk Kelihatan Cantik Dan Lebih Muda
1. Anjal dengan Kolagen
Kolagen dijumpa dengan banyak dibawah kulit, memberikan struktur dan mengekalkan kenajalan. Tanpa blok bangunan (kolagen) ini untuk kulit, krim anti-penuaan anda akan menjadi tidak berkesan.
Peningkatan pengambilan kolagen sangat disyorkan kerana ia membantu meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan.
Pengeluaran kolagen meningkat dengan penambahan Vitamin C kerana ia membantu menyambungkan kolagen bersama, meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit.
2. Mengamalkan Pengambilan Supplemen dengan Vitamin C
Vitamin C meningkatkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dirinya sendiri, menghasilkan kulit yang kurang kedutan dan melembutkan kulit yang kering dan kasar.
Ia juga bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Vitamin c jura merupakan komponen yang diperlukan dalam penghasilan kolagen di mana ia membantu menyokong kulit yang tegang, lembut, berseri dan sihat.
3. Guna Set Penjagaan Wajah Yang Betul
Bina kulit yang sempurna dengan dengan penjagaan kulit yang betul.
Cari produk yang mengandungi bahan semulajadi, selamat dan terbukti mengekalkan keserian danmerawat tanda-tanda penuaan supaya anda kelihatan muda setiap hari.
Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang dipersoalkan yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan.
Amalkan rutin penjagaan kulit kerana ia penting untuk kesihatan kulit yang optimum.
4. Berikan Diri Anda Urutan Wajah
Urutan wajah digelar sebagai alternatif bukan invasif untuk Botox dan pembedahan.
Ia membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu wajah anda, menghasilkan kulit yang sihat bersinar.
Ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembutselain menaik dan menguatkan kulit, mengurangkan penampilan sembap dan kedut.
5. Rajin Bersenam
Bersenam tiga kali atau lebih dalam seminggu membantu mengelakkan kehilangan otot dan menggalakkan tidur yang lebih baik.
Suai padan rejim senaman anda dengan menggabungkan senaman kardiovaskular untuk jantung dan paru-paru, latihan rintangan untuk otot, regangan untuk fleksibiliti, dan senaman koordinasi untuk keseluruhan kesihatan fizikal.
6. Minum Air Yang Mencukupi
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain daripada kelihatan kering dan rasa tegang.
Apabila kulit dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung air yang hilang, menyebabkan jerawat, iritasi dan tompok kering.
Oleh itu, minumlah dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan bermaya, mengurangkan kedutan dan liang pori mengecil.
7. Perlu Makan Makanan Asid Lemak
Makanan yang kaya dengan asid lemak penting (asid lemak Omega 3 dan omega 6) bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, memperbaiki penampilan kulit yang kelihatan berusia dan letih.
Makanlah untuk kelihatan kulit yang lebih kuda dengan menambah salmon atau ikan berminyak lain, sayuran berdaun, biji benih, kekacang, dan bijirin ke dalam diet anda.
Tahukah anda bahawa asid lemak digunakan dalam penjagaan kulit?
Bahan-bahan seperti ceramida, minyak zaiton dan minyak jojoba mengandungi asid lemak yang memberikan lembapan dan khasiat kepada kulit.
8. Nikmati Hidup Hebat
Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuat anda gembira kerana orang gembira pasti kelihatan lebih muda untuk masa yang lebih lama.
Bawa kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup anda dengan melakukan perkara-perkara ringkas seperti membeli sarapan untuk rakan sekerja anda, pendengar untuk kawan-kawan atau menari dengan lagu kegemaran anda.
Juga, jangan lupa untuk sentiasa senyum kerana apabila anda tersenyum, seluruh dunia akan tersenyum kepada anda.
Ok, cukup 8 Cara untuk anda kelihatan cantik dan lebih muda sepanjang masa.
Amalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang dan berikan hati anda kebebasan, kebahagiaan dan kegembiraan. Kak wawa percaya, pasti semua orang mampu kelihatan cantik dan lebih muda.
Jom ubah, gembirakan hati anda!
3 Comments
Nak kena beri urutan wajah ni
ReplyDeletebab minum air tue memang betul mnum 8 gelas untuk dapatkan kulit yang cantikk
ReplyDeleteSyok kalau dapat urutan wajah ni
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊