Asssalamualaikum wbt,
Pagi ini ternampak post di facebook tentang bekas pelakon Abby Abadi yang menghantar anaknya Danish Hakim meneruskan pengajian hafazannya di Turki. Serius wawa jadi sebak bila tengok kisah ibu dan anak, bukan sebab sedih. Entahlah, wawa pun tak pasti perasaan apakah ini. haha
Jom kita lihat screenshot di Instagram Abby Abadi.
Kucupan kasih sayang Abby Abadi terhadap anaknya Danish Hakim |
Abby sapu air mata anaknya Danish |
Abby seorang ibu yang tabah |
Cantik dan kacak permata hati Abby abadi |
Inilah hadiah paling besar terhadap ujian yang Abby Abadi lalui selama ini. Wawa pernah juga ikuti kisah Abby suatu kisah dulu, mungkin inilah hikmah yang kita tak nampak tapi Allah aturkan paling baik. kan?
Siapa sangka Abby mampu besarkan anak-anaknya dengan baik sekali walaupun pernah bergelar ibu tunggal. Dan anaknya sedang menghafal Al-quran. Allahuakbar, bekalan buat dirinya di akhirat nanti.
Kredit Gambar : kabarviral84
Ramai yang inginkan anak-anak menjadi penghafaz Al-quran bukan? Nak tahu kelebihan penghafaz Al-Quran?
Anak soleh inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah s.w.t. melalui kalam Rasulnya telah menjanjikan banyak lagi kelebihan kepada mereka yang menghafal al-Quran.
1. Orang Istimewa Allah s.w.t.
Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mcmpunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”
Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)
2. Hati Tidak Diseksa
Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.” (Riwayat al-Darimi)
3. Memberi Syafaat kepada Keluarga
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
4. Ibu Bapa Memperoleh Pahala Khas
Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “Kenapa kami diberi pakaian begini?”Kemudian dijawab: “Kerana anakmu menghafal al-Quran.”
5. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi
Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)
3 Comments
Alhamdulillah.. semoga anak-anak kita, dan kita sendiri menjadi anak yang soleh dan solehah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, sejuk perut ibunya.. Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak kita agar menjadi orang yang diredhai oleh Allah..
ReplyDeleteAM pun harap perkara yang sama dari anak2 AM.. moga mereka dapat membentuk tamadun ummah yang lebih kuat dan penuh dgn jati diri.. InsyaAllah..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊