Assalamualaikum wbt,
Hai semua, selamat pagi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah kurnia-Nya mengizinkan kita untuk bernafas. Ucaplah Alhamdulillah.
Hari ini kak wawa berjaya sampai ke Cawangan Shaklee Johor Bahru untuk menimba ilmu. Betullah, untuk melangkah ke gerbang kejayaan pasti Allah hantarkan sedikit kesukaran untuk melihat sejauh mana kesanggupan kita untuk melalui dan mengatasi cabaran itu.
Aktiviti bisnes setiap bulan iaitu Shaklee Monthly Sharing, Master yang datang akan menerangkan tentang bisnes plan, bisnes sharing, motivasi dan promosi yang berlangsung di shaklee. Alhamdulillah, kak wawa berjaya juga sampai. Dari Pengerang ambil masa lebih kurang 1 jam.
Kak wawa sebenarnya tengah sakit kaki, terseliuh dah hampir seminggu. So far, Alhamdulillah bengkak masih ada, sakit juga masih ada. Sebab kak wawa mengurut sendiri, orang tua tak ada. Jadi, memang tak boleh bergerak dengan laju.
Kak wawa berfikir juga, macam mana nak pergi ke sini memandangkan kaki belum sihat sepenuhnya lagi. Tapi, semangat nak dengar sharing master-master hebat ni. Akhirnya sampai juga. Hik2
Alhamdulillah.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊