Assalamualaikum wbt,
Mulut berbau punca hilang kawan. Sorang demi seorang kian menjauh. Ingin sampaikan takut terkecil hati, jadinya menjauhkan diri lebih baik kerana menggangu konsentrasi.
Inilah realiti yang dilalui oleh orang-orang yang mulut jenis berbau. Mungkin ramai yang perasan diri mengalami dan berikhtiar untuk atasi masalah ini. Ada juga yang jenis terbiasa sehinggakan tiada bau apa-apa pada dirinya. Sedangkan orang lain sering menahan nafas bila berada disekelilingnya.
“’Tension’nya asyik kena gosok gigi setiap 2-3
jam sekali. Apalah punca mulut berbau agaknya, malu nak tanya dengan kawan-kawan.
Ok, lunch break ni harus pergi farmasi, cari listerine. Bagi wangi sikit mulut
ni.”
Sakit hati dan segan nak bercakap dengan orang
sebelah-menyebelah bila jadi macam ni. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah
normal. Tapi, ini tidak. Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin
membersihkan mulut.
Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah
berkali-kali berus gigi? Punca mulut berbau.
RUPANYA INI 9 PUNCA MULUT BERBAU, WALAUPUN RAJIN
BERUS GIGI
1. KAFEIN
Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan
pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan
mulut busuk. Minum kopi semasa hamil
2. TIDAK BERUS LIDAH
Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan
lidah dengan berus gigi atau tongue scraper. punca mulut berbau boleh gunakan berus gigi
atau ‘tongue scraper’ seperti dalam gambar ini.
3. MAKAN BANYAK PROTEIN
Apabila makan banyak protein, kompaun
dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk
menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau. Jauhi burger dan
daging proses yang lain
4. MASALAH KESIHATAN
Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau.
Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau
busuk. Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat
kering.
5. ULSER MULUT & SAKIT GUSI
Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser
ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria
ini. Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi. Di antara tanda-tanda
penyakit gusi ialah:
- Gusi bengkak atau bernanah
- Gusi yang senang berdarah
- Gigi bergoyang
- Gigi sensitif
- Sakit pada gigi semasa mengunyah
- Terdapat karang gigi.
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan
membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan
bau pada mulut anda. Penyebab sakit gigi dan gigi sensitif salah satu punca
mulut
6. TONSIL
Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau.
Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil. hilangkan
sakit tekak
7. MAKANAN BERGULA
Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi
gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga
senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau. Kenalah
kurangkan makan makanan ini. Elakkan makanan dan minuman bergula. Elakkan
makanan dan minuman bergula
8. MASALAH PEDIH ULU HATI
Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan
penyakit pedih ulu hati. Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan
rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.
9. GIGI BERLUBANG
Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara
tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan
gigi rosak dan nafas berbau. Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi
bakteria anaerob membiak.
BANTERAS PUNCA MULUT BERBAU DARI AKAR UMBI
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat
pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Ini kerana doktor gigi boleh mengesan
masalah kerosakan gigi atau gusi yang menjadi punca mulut berbau. Maka,
dapatlah anda mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Selalunya, anda tidak hanya akan menyedari masalah
pada gigi apabila ia telah berasa sakit. Pada tahap ini, kerosakan atau penyakit
gusi telah menjadi serius.
Kita juga perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan
yang betul, supaya dapat menghindarkan diri daripada masalah ini. Berus gigi
sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan mulut berbau.
Kredit : Sirap Limau
Tahukah anda, bahwa Alfalfa shaklee mampu membantu anda keluar dari kemelut masalah mulut berbau.
1 Comments
paling basic gigi n lidah tu tolongla jangan skip.. jangan lupa berus. kesian orang sebelah depan kiri kanan hehehe =P
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊