Assalamualaikum wbt,
Pagi ni terlintas di newsfeed wawa cara-cara nak masak Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah yang jarang wawa makan tapi nak makan suami pula tak suka. Setiap kali ajak, dia teman je kesudahnya wawa tak jadi makan laa. Mana best makan sorang kan?
Resepi ni wawa kredit kepada yang berkongsi naa, wawa lupa dah nama fb beliau.
Rupanya mudah sahaja cara nak masak resepi sizzling yee mee sedap ni. Cuma perlukan kerajinan untuk masak kan. hihi
Jom kita tengok cara-cara memasak "Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah"
Langkah pertama untuk memasak Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah, sediakan bahan-bahan utama yang diperlukan. Boleh lihat list dibwah gambar ye.
Rupanya mudah sahaja cara nak masak resepi sizzling yee mee sedap ni. Cuma perlukan kerajinan untuk masak kan. hihi
Jom kita tengok cara-cara memasak "Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah"
Langkah pertama untuk memasak Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah, sediakan bahan-bahan utama yang diperlukan. Boleh lihat list dibwah gambar ye.
Langkah kedua, panaskan minyak dan masukkan halia dan bawah putih. Tumis sehingga kekuningan.
Langkah ketiga, masukkan cili kering yang telah dipotong dan kacau sehingga bawang dan halia mula keperangan.
Langkah empat, masukkan ayam dan satu mug air, letakkan sedikit garam dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. Masukkan cendawan yang telah dipotong.
Langkah lima untuk meneruskan masakan Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah, masukkan kicap yang telah diadun dengan semua jenis kicap. Tambahkan lagi 3 mug air dan didihkan.
Langkah enam, setelah kuah mula mendidih dan ayam telah empuk, masukkan pula bancuhan tepung jagung dengan perlahan-lahan. Pastikan guna api pada tahap maksimum. Kacau secara berterusan supaya elak kuah berketul.
Langkah ketujuh, melengkapkan Resepi Sizzling Yee Mee Sedap Dan Mudah, sediakan hot plate. Letakkan sedikit kuah dan letakkan yee mee, telur serta sayur.
Langkah lapan, pastikan buka api pada tahap maksimum, dan masak sehingga menjadi seperti dalam gambar di bawah naa.
Langkah sembilan, taraaaa. Dah siap, boleh dihidangkan!
SELAMAT MENCUBA!
6 Comments
Singgah soni, sedapnya wawa, laa dah x masak yee mee .... teringin dah
ReplyDeleteKann, boleh laa try wani. Hihi
Deletenampak sedap (^_^).
ReplyDeleteHihi. Tq
DeleteSedapnya nampak! Dah lama kita tak makan ni.
ReplyDeleteMenariknya.. Mudah juga sebenanrnya nak membuat dia ye..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊