Assalamualaikum wbt,
Sebelum ini wawa kongsikan tentang Tanda-tanda Sel Tidak Sihat. Jadi, hari ini wawa akan kongsikan pula punca dan cara atasi sel tidak sihat.
Ada beberapa comment yang mengatakan mereka dapati tanda-tanda sel tidak sihat ada pada diri mereka. Pastinya, anda ingin tahu apakah pula punca sel jadi tidak sihat dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Betul ke betul?😊
5 Punca Utama Sel Tidak Sihat
- Kerap terdedah kepada sinaran UV menyebabkan sel menjadi tidak sihat.
- Tekanan yang dialami oleh seseorang individu meningkatkan sel tidak sihat.
- Pencemaran udara hari ini merupakan penyebab kepada peningkatan sel tidak sihat.
- Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menyebabkan sel menjadi tidak sihat.
- Diet tidak seimbang dimana pemakanan yang kurang nutrisi diambil menjadi penyebab kepada sel yang tidak sihat.
5 punca yang menyebabkan sel tidak sihat merupakan point utama yang sering dilalui oleh masyarakat kita terutamanya golongan muda dan pertengahan. Kesibukan dengan hal-hal harian menjadikan masyarakat kurang menitikberatkan tentang kesihatan diri dan seterusnya menyumbang kepada penurunan kesihatan sel.
Bagaimana Cara untuk Mengatasi Masalah Sel Tidak Sihat?
Ada 2 cara untuk mengatasi masalah sel yang tidak sihat iaitu melalui:
- Polifenol
- CoQ10
Gabungan Duo vitamin untuk tenaga ini dapat membantu mengatasi masalah kesihatan sel badan yang tidak sihat.
Jom kita lihat satu persatu.
Apakah fungsi Polifenol
Ia membantu meningkatkan kuantiti Mitokondria yang terdapat di dalam sel badan. Mitokondria ini umpama kilang di dalam sel. Semakin banyak kilang tenaga, semakin banyak pengeluaran tenaga. Bila tenaga yang dihasilkan banyak, maka badan seseorang menjadi semakin sihat dan bertenaga, cergas serta fresh.
Apakah fungsi CoQ10
Ia membantu meningkatkan penghasilan tenaga dalam mitokondria. Jadi, ia menambahkan lagi tenaga pada mitokondria dan menjadikan badan seseorang individu kekal cergas sepanjang hari.
Besk ke best bila badan semakin sihat, cergas dan bertenaga? Pastilah best kan.
Untuk next entry, wawa akan ceritakan pula bagaimana Polifenol dan CoQ10 sangat superb untuk kesihatan keseluruhan badan kita.
Nak tahu? Stay tuned naa!😊
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊