Asslaamualaikum wbt,
Ingin wawa kongsikan sharing dari group whatsapp. Bila wawa baca, sangat memberi inspirasi dan buat kita rasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.
TAZKIRAH PAGI
Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak.
Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:
"wahai siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?"
Siput menjawab :
"Korang kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"
Katak menjawab:
"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya kamu je cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)"
Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang...
Siput terharu...
Akhirnya baru sedar...
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...
*Nikmatilah kehidupanmu*..
*Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.*
*IRI HATI* kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...
Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta
rezeki sebenarnya adalah *jiwa dan hati yang tenang* ...
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal...
"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...
*Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia*
2 Comments
Kita kena bersyukur dgn anugerah Allah kan
ReplyDeletebetul tu.. kadang2 orang ni lebih bahagian ni tapi kurang kot lain. orang lain pula sebaliknya. Allah Maha Adil diberi-Nya yang berpatutan. syukur selalu dengan kurniaan-Nya.
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊