Assalamualaikum wbt,
Apabila kita menyebut tentang kolagen, ia seakan sinonim dengan kulit cantik. Bila sebut kolagen, ramai yang ingat akan kecantikan. Bila sebut Cantik, pasti ingat dengan kolagen. Begitulah perumpamaannya. Jom kita study sikit apa itu kolagen.
Apa itu Kolagen?
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara umumnya, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Ini adalah perbezaan kulit yang mempunyai kolagen dan kekurangan kolagen. Sebelah kanan menunjukkan kulit semakin hilang kolagen dan menyebabkan kulit menjadi kendur dan tidak anjal.
Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan kulit kita tua sebelum usia. Kita seharusnya bersedia lebih awal dengan memperbanyakkan pengambilan makanan yang merangsang pertumbuhan kolagen.
Untuk pengetahuan anda, kadar kolagen dalam badan seseorang akan berkurang dengan cepat selepas berusia 20-21 tahun.
4 MAKANAN YANG MERANGSANG PERTUMBUHAN KOLAGEN
1 . Salmon
Salmon diperkayai dengan protein dan omega-3 yang memangkin penyerapan nutrien dan menigkatkan penghasilan kolagen. Warna 'pinkish' ikan salmon itu adalah karotenoid dan astaxanthin, anti-radang yang terbaik untuk meingkatkan keanjalan kulit.
2 . Bawang Putih
Bawang putih mengandungi sulfer yang tinggi, boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit dan sendi. Selain itu, asid taurin dan lipid, yang juga terdapat dalam bawang putih membantu memulihkan serat kolagen yang rosak.
3 . Bayam
Kandungan lutein yang tinggi, yang juga merupakan antioksidan, sumber vitamin C yang hebat, membantu mengekalkan hidrasi kulit, serta membantu mengingkatkan keanjalan kulit anda. Mereka juga membantu keupayaan tubuh kita untuk menggunakan protein ini dengan lebih baik dan lebih berkesan
4 . Oren
Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam oren membantu untuk menukarkan asid amino lisin dan prolin kepada kolagen dikulit.
Pengambilan makanan ini setiap hari mampu membekalkan kolagen pada kulit anda. Namun, keadaan yang mungkin menyukarkan anda untuk konsisten makan makanan diatas, anda boleh mengambil sumber kolagen dari supplemen seperti Collagen Powder dari produk shaklee. 😍
Terima kasih kerana membaca info "4 MAKANAN MERANGSANG PERTUMBUHAN KOLAGEN"
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊