Assalamualaikum wbt,
Hidup seharian kita dikelilingi dengan orang -orang lelaki seperti ayah, suami, adik beradik lelaki, anak-anak lelaki, ipar duai lelaki, sahabat-sahabat ofis lelaki dan semua lelaki yang ada disekeliling kita. Pada zahirnya, kita mungkin tak perasan bahawa lelaki juga menginginkan kesihatan yang baik dan menjaga kesihatan seperti mana kita wanita yang sangat menitik beratkan kesihatan dan kecergasan tubuh.
Bagi seorang lelaki, kecergasa dan kesihatan yang baik menjadi keperluan yang patut dititik beratkan lebih dari wanita, kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar menjaga keluarga. Bagaimana jika seorang suami mahupun ayah ditimpa sakit? Pasti mereka menjadi lebih runsing memikirkan isteri dan anak-anak yang perlu dijaga dan diberi makan. Kerja juga tergendala. Kan?
Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak
perkara yang ingin di capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah
pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental. Dibawah ini adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!
10 CARA TINGKATKAN KECERGASAN BADAN BAGI LELAKI
1. Tingkatkan pengambilan protein
Protein membekalkan:
• Tenaga
dan stamina yang berkekalan.
• Memastikan
anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
• Membina
dan mengekalkan jisim otot anda.
Pilihan untuk protein yang sihat seperti
daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya
berasaskan tumbuhan.
2. Makan
multivitamin setiap hari
Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya
tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin
boleh membantu untuk:
• Mengisi
jurang pemakanan anda.
• Meningkatkan
penghasilan tenaga.
• Meningkatkan
kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
3. Sentiasa bersama Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang hebat
untuk:
• Menyokong
kesihatan imun anda.
• Membantu
pembaikan tisu.
• Melindungi
sel-sel anda daripada radikal bebas.
• Meningkatkan
kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.
4. Ambil
dos harian Omega 3
Omega-3 terbukti berupaya untuk:
• Mengurangkan
kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.
• Merendahkan
risiko penyakit jantung.
• Membantu
meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman
mental.
• Menjadi
agen anti-keradangan yang baik.
• Menggalakkan
sendi yang kuat.
5. Kekal bertenaga dengan B-Kompleks
Vitamin B:
• Menggalakkan
pengeluaran tenaga badan anda.
• Menambahbaik
prestasi dan ketahanan otot.
• Memperbaiki
memori dan tindak balas anda.
• Meningkatkan
mood6 dan kesihatan kogniti.
6. Lakukan yang terbaik dengan Vitamin E
• Membantu
memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
• Meningkatkan
keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
• Selenium
membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.
7. Dapatkan
perlindungan dengan Polifenol
Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada
kehidupan yang lebih bertenaga! Ianya:
• Memastikan
anda bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi terhebat.
• Antioksidan
hebat dengan sifat anti-radang.
• Menggalakkan
peredaran darah yang sihat.
8. Tinggalkan tabiat itu
Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko
terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan
lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya
lebihan wang tambahan di dalam poket anda.
9. Teruskan berusaha
Bersenam:
• Menggalakkan
peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
• Membantu
badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.
10. Makan dan kekal cergas
Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan
ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda. Untuk kesihatan
secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:
• Buah-buahan
dan sayur-sayuran.
• Karbohidrat
yang tidak ditapis.
• Lemak
yang sihat.
• Protein
tanpa lemak.
• Makanan
yang rendah indeks glisemik (GI).
• Serat.
Sayangilah suami, ayah, adik beradik, anak-anak lelaki kita supaya mereka sentiasa sihat walafiat sentiasa.")
2 Comments
Info yang bermanfaat...
ReplyDeleteGood info. Sori Wawa mama sendiri takde GA. Cuba Tanya org yg Ada AdSense
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊