Assalamualaikum wbt,

Selamat pagi uols, semoga Allah luaskan dan kurniakan rezeki yang berlipat kali ganda pada kita hari ini. Amin

Selalu tak dengar atau baca, kita kena minum air, kita kena minum air masak lebih 2 liter sehari. Untuk apa tu ye?

Macam-macam sebab kita kena minum air, antaranya:

❤️ Kekalkan kelembapan tubuh 
❤️ Elak dihidrasi
❤️ Melancarkan masalah pencernaan
❤️ Elak sakit buah pinggang, kurang air menyebabkan buah pinggang bekerja diluar kemampuannya
❤️ Nak kulit cantik
❤️ Kekalkan suhu badan pada suhu normal
❤️ Boleh menguruskan badan
❤️ Elak kencing kotor
❤️ Badan lebih sihat

Ehh, banyaklah manfaat minum air masak ni. Walaupun sesenang ini untuk dapat kesihatan yang baik, kenapa masih ramai yang kurang suka minum air?

Kita tahu macam-macam manfaat kita boleh dapat kan. Jadi, minumlah. Mudah saja, air pun tak perlu tambah apa2, gula ke, susu ke, air kosong je abang kakak ooi. Hehe

Ok, macam mana nak disiplinkan diri minum air masak lebih 2-3 liter sehari. Uols nak tahu tak, siapa yang minum air 3 liter sehari, wawa yakin kulit uols cantik. Bukanlah licin macam cermin, tapi uols akan nampak perbezaan kulit uols sendiri.

If makan vitamin, lagiiiiiii cepat dan nampak kesan tu.

Ok2, jom tengok cara nak minum 3 liter sehari untuk dapat kulit cantik, lawa & flowless dari mbak Nysa beauty ni.


TIPS MINUM AIR YANG BETUL, AGAR MENDAPAT TENAGA, KESIHATAN KULIT DAN BOLEH KURUS DGN CEPAT!

Tips ni untuk memastikan kandungan air dalam badan kita mencukupi. 70% dari badan kita ni perlukan air. Jadi kalau nak badan kita serap air yang kita minum tu, kita kena minum ikut jadual.

Yang digalakkan oleh pakar pemakanan 
Minum air 1 gelas (250ml) setiap setengah jam atau paling kurang sejam.
Sebab kalau kita minum air sekali harung 500ml ke atas, air tu akan pergi ke pundi kencing sahaja, badan tak serap pun.
Jadi badan tetap kekurangan air sebab kita asik kencing ja. Sesia je korang minum kan.
Ikut sukatan okeh✌
Pssssttt nak pesan ni, minum air putih tau bukan ayaqqq kopi 😜

#SHARE jika bermanfaat.
Credit:Nysa_skincare

Semoga bermanfaat uols.😊