Assalamualaikum wbt,
Kebelakangan ini wawa suka sangat dengar bahasa arab. Walaupun hanya satu ke dua patah yang faham dan banyak patah yang tak faham. Wawa suka dengar dan bila mengaji ada tiap-tiap ayat yang kita biasa dengar dan maksudnya kita tahu, ia jadi lebih seronok untuk mengaji.
Sebab itu orang Arab mereka suka mengaji, membaca Al-Quran walau dimana saja mereka berada. Dalam bas, kereta dalam rumah apatah lagi, sebab inilah mereka faham bahasa Arab. Jadi, mereka lebih seronok membaca Alquran. Setuju dak? Cuba tanya kawan-kawan kita yang hafaz alquran, dieorang seronok kan membaca dan menghafal. Sebab mereka tahu maknanya sekali.
Setiap kali dengar ceramah Ustaz-ustaz, para ustazah bila mereka menggunakan perkataan arab, rasa bessttt sangat dengar.
Selalukan dengar ustaz atau ustazah menyebut,
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Artinya: Segala puji bagi Allah Sang Penguasa alam semesta. Semoga salawat serta keselamatan tercurahkan selalu kepada Nabi dan Rasul termulia. Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.
نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ
Artinya: Kami panjatkan segala puji padaNya dan kami meminta pertolonganNya. Seraya memohon ampun dan meminta perlindunganNya dari segala keburukan jiwaku dan dari kejelekan amaliahku. Barangsiapa yang telah Allah tunjukkan jalan baginya, maka tiada yang bisa menyesatkannya. Dan barang siapa yang telah Allah sesatkan jalannya, maka tiada yang bisa memberinya petunjuk. Ya Allah limpahkanlah salawat dan salam bagi Muhammad saw berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya, semuanya.
Selain itu, bacaan doa yang sering dibacakan oleh Dr Zakir sebelum memulakan ucapannya.
Salah satunya doa Dr Zakir Naik. Setiap kali sebelum ceramah, Dr Zakir Naik membaca doa yang diambil dari Surat Thaha ayat 25-28.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي . وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
———
Mari belajar bahasa arab, selepas dah faham makna ini selalulah ucap pada kawan2 naa.
1. Rahimakumullah - Semoga Allah merahmati kalian.
2. Hafizhanallah - Semoga Allah menjaga kita
3. Hadaanallah - Semoga Allah memberikan kita petunjuk/hidayah
4. Allahu yahdik - Semoga Allah memberimu petunjuk/hidayah
5. Allahul musta’an - hanya Allah-lah tempat kita bergantung
6. Barokallah fikum - Semoga Allah memberi kalian berkah
Ok, hari ni 6 je. Esok2 tambah lagi ye. Hihi
Semoga bermanfaat.😊
1 Comments
Seronok belajar bahasa Arab.. Sbb nanti kita akan dapat fahami AlQuran..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊