Assalamualaikum wbt,

Setiap hari kita perlukan makanan untuk hidup, namun dengan pertumbuhan dan perkembangan industri makanan negara ini mengundang risiko pelbagai penyakit kepada masyarakat. Pada awalnya, makanan ini perlu untuk kita meneruskan kehidupan. Namun, ia berubah apabila kita tidak dapat mengawal pengambilan macam-macam makanan setiap hari.

Tahukah anda, pemakanan yang seimbang dan makan bersih membantu badan kita lebih sihat dan bertenaga. Ramai yang dah tahu kan, semua penyakit bermula dengan apa yang kita makan. Tambahan pula, makanan hari ini bukan macam makanan orang zaman dahulu. Sayur pun tanam sendiri, ubi pun tanam sendiri, ikan pun tangkap sendiri. Semua tu mereka dapat dalam keadaan segar, fresh tanpa ada bahan pengawet, pewarna, racun dan sebagainya.


Berbeza dengan kehidupan kita hari ini. Makan kita penuh dengan bahan pengawet, gula yang berlebihan, perasa tambahan dan lain-lain. Oleh itu, kita haruslah bermula dari rumah untuk memulakan makan bersih.

Maksud makan bersih adalah kita memilih untuk mengambil makanan yang sihat seperti mengambil kira jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari, jenis makanan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan elakkan makan makanan segera seperti fastfood, frozen food, minuman berkarbonat dan lain-lain.

Untuk dapatkan badan yang sihat, imun yang kuat kita perlu lakukan penyingkiran segala toksin yang sudah berpuluh tahun terkumpul didalam badan kita.



Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox dan Makan Bersih:
  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena
Jadi, uols dah pernah buat belum penyingkiran toksin dari badan atau detoks? Jika belum pernah, uols boleh baca sini, apa itu detok.


Antara testimoni berjaya selepas mengamalkan detox.