Assalamualaikum wbt,
Ramai dikalangan kita mengalami badan berangin, samada lelaki mahupun wanita. Namun, kita lebih kerap mendengar keluhan badan berangin daripada wanita. Betul kan? Pernah wawa tengok depan mata, orang yang badannya miliki angin yang melampau. Sendawa yang tidak berhenti, muntah sehinggakan sakit kepala. Adakah benar ini disebabkan oleh badan berangin?
Apa sebenarnya yang berlaku?
Terdapat individu yang mengalami masaalah badan berangin sehingga muntah-muntah dan sakit kepala yang melampau.
Apa sebenarnya punca badan berangin ni? Antaranya adalah :
Pemakanan iaitu suka makan makanan yang berangin:
1. Suka makan pedas. Tabiat makan pedas menyebabkan usus menghasilkan angin.
2. Suka buah-buahan sejuk seperti nangka, cempedak, pear, epal serta peach.
3. Suka makan sayuran sejuk seperti kobis, terung, brokoli, taugeh, asparagus.
4. Tidur tanpa pakai stokin. Mengikut orang-orang tua, mereka menasihatkan kita supaya pakai stokin ketika tidur suapaya angin tidak masuk dalam badan. (Sejauh mana kebenaran itu wallahuallam)
5. Hidup tertekan. Perasaan tertekan akan menyebabkan angin badan wujud di dalam badan. Apabila anda rasa tertekan, anda akan banyak berfikir. Berfikir tanpa di iringi tindakan akan wujudkan angin badan.
6. Udara yang disedut. Angin dalam badan bukan hanya disebabkan oleh apa yang anda makan. Ia juga melibatkan udara yang digunakan utk bernafas. 20% daripada gas itu datang dari udara yg masuk ke dlm dalam mulut. Ianya mungkin disebabkan oleh tabiat makan terlalu cepat, suka minum minuman berkarbonat, suka kunyah gula-gula getah, menghisap rokok. Udara tersebut akan masuk ke dalam badan dan seterusnya masuk ke dalam usus.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊