Assalamualaikum wbt,

Amalan semua orang boleh buat, tak kira dia kerja ke, dia buat bisnes ke, Allah bagi masa yang sama untuk kita beribadah padaNya. Jadi, sementsra peluang kita hidup ni rebutlah sebanyak-banyak amalan supaya ia menjadi asbab untuk kita menuju syurga.

AMALAN MURAH REZEKI DAN RAHSIA HIDUP TENANG, DOA MURAH REZEKI, DOA JADI KAYA, DOA DUIT BERTAMBAH


AMALAN MURAH REZEKI DAN RAHSIA HIDUP TENANG

 "Sesiapa yang berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju dia".

• Jaga Solat Tahajjud 8 Rakaat + Witir 3 Rakaat.

• Jaga Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isya. (Berjemaah di masjid, lengkap dgn qabliyah dan ba'diyahnya. Juga Sunnah Tahiyyatul Masjid, sbg tanda kita dtg sebelum waktunya azan/pra-ontime).

• Jaga Waaqi'ah sesudah subuh atau sesudah asar (boleh pilih).

• Jaga Solat Sunat Dhuha 6 rakaat, paling bagus 12 rakaat.

• Baca zikir sesudah solat, plus yaa fattaah yaa rozzaaq 11x, plus ayat kursi, plus 3 qul.

• Khusus selepas solat subuh dan asar, ditambah 4 ayat terakhir surah al Hasyr.

• Jaga setiap hari membaca 300x laa hawla walaa quwwata illaa billaah. Boleh 100x. Dan boleh dibagi-bagi pada 5 waktu solat.

• Jaga setiap hari baca Istighfar 100x.

• Jaga setiap hari baca subhaanallaahi wabihamdihi subhaanallaahil 'adzhiem 100x pagi dan 100x petang (Selepas dhuha dan asar/menjelang maghrib).

• Jaga setiap hari baca Yaasiin (anytime, yg penting 1hr 1x).

• Tutup malam dgn solat sunat 2 rakaat; baca Qulyaa di rakaat pertama, Qulhu di rakaat kedua. Kemudian baca surah Almulk.

Amalkan 40 hari berturut-turut & rasailah kemanisannyaaa! InsyaAllah.

Konsisten, jangan skip skip.

Moga dibangkitkan kita bersama di 1/3 malam ini..
Ameen.

#tipsmurahrezeki
#alhamdulillah

-master cikjan)