Tips Lunas Hutang Dengan Cepat
====
Assalamualaikum & morning,
Ramai sebenarnya terbelenggu dengan masalah hutang. Bukan hanya yang dah berkerjaya, malah pelajar-pelajar sekarang pun sudah terbelenggu dengan hutang. Belum pun habis study, terpaksa belajar dengan berhutang.
Ya betul, itu bukan kehendak kita. Namun, desakan ekonomi sekarang yang buatkan kita terpaksa berhutang. Yang berkeluarga, lagi besar bebanan hutang. Di mana terpaksa beli rumah, kereta dan sebagainya. Apa pilihan yang kita ada kan. Akur dengan ekonomi yang semakin sesak.
Korang perasan tak, bila kita berdoa lambat Allah nak bagi. Bila kita nak sesuatu, lambatt Allah tunai. Tahukah anda, hutang boleh menjadi roadblock dalam kehidupan seharian. Tanpa kita sedar, ia mempengaruhi kehidupan kita. Ada orang tidur tak lena memikirkan hutang yang masih ada. Ada orang makan tak kenyang, fikirkan car untuk bebas hutang.
Sampai sekarang, masih berhutang dan bertambah hutang. Ok, jangan risau naa. Wawa ada cara macam mana nak bantu lunaskan hutang masing-masing. Di fesbuk malam tadi, wawa janji nak share. Sebab rasa terpanggil untuk berkongsi.
Wawa juga seperti kebanyakan rakyat marhean, bukan dari golongan orang berada. Kita ni golongan ada-ada je. hehe. Jadi, dah sinonim laa kan nak beli pape kena berhutang. hehe
Kami bukanlah yang ada simpanan cash dalam mana-mana bank, kami hanya menyimpan melalui aset seperti emas. Kalau dicari duit dalam bank kami, memang tak ada dulu-dulu. Sebab bila simpan cash ni, kita mudah guna. Jadi, memang takkan membukit laa simpanan tu. haha
Alhamdulillah, syukur sangat sebab kami suami isteri memang punya satu habit sama iaitu simpan aset berupa emas. Macam mana kami gunakan emas dan bergantung pada Allah swt untuk bantu kami langsaikan hutang almost RM60,000. Bila ingat balik, Allahuakbar tak rugi siapa yang bergantung pada Allah swt.
Malam tadi, kak wawa ada janji tips macam mana nak langsai hutang dengan cepat di personal FB.
Untuk pengetahuan semua, kita tak digalakkan set dalam minda kita dengan perkataan hutang. Bila berdoa juga, gantikan dengan perkataan lebih positif seperti "AMANAH".
Seperti yang dijanjikan, silalah share jika bermanfaat untuk anda dan orang2 sekeliling.
1. Tetapkan MATLAMAT bila anda plan untuk langsaikan "AMANAH TERTUNGGAK" ini.
2. Tuliskan berapa jumlah "AMANAH" yang anda ada sekarang dan bila anda nak ia langsai.
3. Usaha untuk bayar sebanyak mungkin yang anda ada. Contoh, anda ada 100g emas. Jika mampu, gunakan emas ini untuk buat bayar hutang.
4. Tahan diri, jangan membazir beli kasut, handbag, baju mahal2 dalam tempoh ini. Elak bercuti ke tempat peranginan, tidur hotel 5 bintang & sebagainya. Berpantanglah dari berbelanja ketika ini. Fokuskan matlamat anda untuk bebas hutang. Biar orang nampak kita susah dulu, dari kita menanggung "AMANAH TERTUNGGAK" ini berpanjangan.
5. Doa dan connection dengan Allah palingggg penting.
✅ Doa minta Allah permudahkan kita bayar "AMANAH" ini.
✅ Setiap malam baca Yassin 7x dan setiap kali sebelum baca Yassin minta Allah mudahkan dan datangkan duit untuk kita bayar "AMANAH" ini.
✅ Perbanyakkan baca 33x "Innahazalarizkuna malahu minnafaad" setiap kali lepas solat.
✅ Perbanyakkan istighfar 500x sehari
✅ Perbanyakkan selawat 500x sehari
✅ Jangan tinggal solat sunat taubat, hajat & tahajjud.
✅ Amal doa2 ini setiap kali lepas solat. Ulang2 sampai anda rasa yakin 1000% Allah bantu anda bebas "AMANAH" ini dengan cepat.
Ilustrasi : Bayar Hutang - Lunas
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ -٢٦
QULI ALLAAHUMMA MAALIKA ALMULKI TU’TII AL MULKA MAN TASYAAU WATANZI’U ALMULKA MIMMAN TASYAAU WATU’IZZU MAN TASYAAU WATUDZILLU MAN TASYAAU BIYADIKA ALKHAYRU INNAKA ‘ALAA KULLI SYAY-IN QADIIRUN
Artinya :
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ -٢٧
TUULIJU ALLAYLA FII ALNNAHAARI WATUULIJU ALNNAHAARA FII ALLAYLI WATUKHRIJU ALHAYYA MINA ALMAYYITI WATUKHRIJU ALMAYYITA MINA ALHAYYI WATARZUQU MAN TASYAAU BIGHAYRI HISAABIN
Artinya :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).
Ini antara doa Rasulullah ajarkan pada Sayyidina Muaz bin Jabal r.a
Surah Al- Imran ayat 26-27
Amalkan selepas solat fardhu dan solat hajat.
*Ini antara amalan yang terkandung dalam buku FTR*
Hutang wawa dan suami, almost rm20k langsai dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah.
Rm30k langsai kurang 3 tahun. Alhamdulillah.
Ini antara hutang berbeza tau.
Alhamdulillah, jika benar2 kita ingin langsaikan "AMANAH" tertunggak kita dengan cepat. InsyaAllah Allah bantu.
5 Comments
Wah..tips yg sgt berharga yg awk Kongsi ni..Baru terpkir emas ni mmg blh membantu..insyallah ada rezki nk kumpul emas la utk masa dpn 😀 Tq for tips ye
ReplyDeleteterima kasih share, wawa, saya bookmark tau :)
ReplyDeleteinshaallah
ReplyDeleteterima kasih
semoga mudah urusan semua yang ingin langsaikan hutang secepat mungkin =)
ReplyDelete❤️
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊