Assalamualaikum wbt,

Sejak beberapa bulan yang lalu, segala urusan ASB tidak lagi melalui buku. Yang mana ada buku biru tu, boleh laa buang. hehe

Actually, wawa baru tahu pasal ni sewaktu nak berurusan di kaunter pejabat pos. Kata staff yang bertugas, cik tak perlu bawak buku lepas ni. Cuma perlukan IC sahaja. Segala transaksi melalui borang dan IC.

Wawa tanya la, macam mana kita nak tahu baki dan sebagainya? Katanya waktu urusniaga di kaunter, cik boleh tanya staff yang uruskan waktu itu dan dia akan catat di borang pengeluaran atau kemasukan.

Selain itu, korang perlu buat pendaftaran di website ASNB tau. Sekarang ni semuanya boleh buat online. Menurut kawan wawa yang kerja di bank, ASNB nak buat macam maybank2u lepas ni. Dah boleh nak saving melalui online banking. Nak cek baki pun melalui online. Jadi, tak perlulah kita beratur panjang di kaunter2 bank mahupun pejabat pos lepas ni. kan.

If korang nak daftar, boleh daftar disini ye. www.myasnb.com.my .


Sebelum daftar, pastikan dulu korang telah aktifkan no phone anda di mana-mana cawangan ASNB seluruh Malaysia. Sebab no phone tu untuk kita dapatkan code TAC. 


Macam mana nak daftar? Follow je instruction yang dia tulis. Isi nama dan detail kita laa.