Hai semua, apa khabar? Lama kan wawa tak update blog. Allahuakbar, kekangan yang kita sendiri cari. Hehe
Wawa baru je lepas baca 1 blog ni tentang minda separa sedar. Wawa just copy paste je laa ye dan wawa kreditkan ke blog beliau. Sangat bermanfaat, senang untuk wawa rujuk nanti.
Minda Sedar dan Minda Separa Sedar
Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagilah
Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi
90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.
Cara nak aktifkan minda separa sedar
Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
- Waktu hujan
- Waktu kita berehat
- Waktu solat
- Waktu hampir tidur
Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
- Pejamkan mata
- Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
- Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
- Ulang banyak-banyak kali
Cth: Nak bangun awal untuk study SPM
Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.
Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan sendirinya.
Saya sendiri dah buat, untuk bangun tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya dah tersedar. Bukan untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat pada anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah kita akan nampak kesan dan perubahannya.
Selain waktu-waktu tadi, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye. Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha.
Teknik Pernafasan Alpha |
Masa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.
Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.
Jom aktifkan minda kita!
2 Comments
MINDA PENGARUHI FIKIRAN LAKU KITA
ReplyDeleteMenarik. Saya memang dari dulu minat baca tentang fungsi otak. Terutama sepatah sedar dan sedar. Sekarang saya baca tetang NLP, cara2 macamana nak program minda kita untuk sentiasa positif.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊