Assalamualaikum wbt,

Kita sentiasa sinonim dengan kulit berminyak adalah kulit bermasalah. Tahukah anda, kulit kita menghasilkan minyak kerana mempunyai fungsi yang tersendiri. Ia berfungsi melindungi kulit dari bahaya luar seperti polusi dan debu yang akan masuk ke dalam pori-pori kulit. Minyak pada kulit juga berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit dan menjadikan kulit bersifat kenyal dan tegang.

Namun, jika penghasilan minyak secara berlebihan mendatangkan masalah kepada individu tersebut. Adakah kulit anda berminyak dengan teruk? Inginkan anda mengetahui apakah punca yang menyebabkan kulit anda berminyak secara berlebihan? Jika ya, stay tune. ")


Makanan yang Berlemak

Kita tau bahawa makanan yang mengandungi banyak lemak tidak baik di amalkan oleh manusia karana akan adanya penimbunan lemak dan menimbulkan penyakit. Masalah minyak berlebihan adalah masalah ringan yang di timbulkan akibat mengamalkan makanan secara berlebihan. 

Hormon tidak Seimbang

Minyak berlebihan pada wajah merupakan salah satu tanda seorang anak sudah mulai memasuki masa baligh. Seorang remaja harus menghadapi dengan hal-hal baru yang terjadi pada dirinya. Pada orang dewasa khususnya wanita akan memproduksi banyak minyak saat haid. Maka dari itu kegiatan yang kita lakukan sebaiknya dikawal dengan baik. Pengambilan makanan yang seimbang dengan kegiatan yang kita lakukan akan mengurangkan jumlah minyak yang keluar dari tubuh kita. 

Salah Pilih  Kosmetik

Sebagian besar gadis menginjak remaja sudah mulai  berani memakai peralatan kosmetik untuk meningkatkan penampilannya. Hal ini tiada masalah. Tapi ada baiknya bagi remaja untuk tidak memakai alat-alat kosmetik yang terbuat dari bahan kimia. Hal itu dapat menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah lebih sensitive apabila wajah tidak biasa menerima bahan-bahan kimia tersebut. Lakukan percubaan pada bahagian tangan sebelum memutuskan memakai salah satu bahan kosmetik.

Keturunan

Orang tua tidak hanya mewariskan harta kepada anaknya tetapi juga mewariskan sebahagian  sifat genetiknya (pasti). Tidak dinafikan kemungkinan orang tua yang memiliki keturunan genetik menghasilkan minyak pada wajah akan turun kepada anaknya. Hal ini tidak boleh di cegah, tetapi tetap boleh di atasi.

Sumber

Jadi, sebagai seorang remaja, gadis dan wanita yang mementingkan keterampilan wajah yang cantik dan sihat kita haruslah mengambil tahu dan cuba untuk mencegah sedari awal. Nantikan next entry bagaimana cara untuk mengatasi kulit berminyak.