Assalamualaikum wbt,
Pagi-pagi wawa dapat message ilmu dari upline. Para Nabi dan sahabat dulu keyakinan mereka melebihi segala-galanya. Yakin sungguh-sungguh dengan Allah swt dan rasul. Kita bagaimana?
Yakin dengan Allah swt!
-----------------------
Tersentuh hati ini mendengar motivasi pagi Ustaz Asyraf di radio ikim pagi ni!
Penyampaiannya harini berkisar
Bagaimana nabi dan para sahabat Nabi SAW berjaya dgn memperoleh nikmat KEYAKINAN dr Allah SWT untuk kehidupan lebih sempurna selepas kematian
Nabi Nuh berdakwah 950tahun untuk mendapat nikmat YAKIN pada Allah swt yang menyelamatkan baginda dan umatnya atas bahtera
Nabi Yunus mendapat nikmat YAKIN dr Allah swt semasa baginda lama berada didalam perut ikan Nun
Sahabat2x pula seperti Abu Bakar As-Siddiq
r.a yang memberikan segala harta kejalan Allah swt sehingga apabila ditanya, apa
lagi yang tinggal? Abu Bakar menjawab yang tinggal adalah keyakinan pada Allah SWT dan Nabi SAW
Maryam r.a pada satu ketika mendapat makanan yang banyak dikala tiada apa2x dan pabila ditanya oleh Nabi Zakaria; dari mana datangnya makanan ini, jawabnya ini adalah hasil dr Keyakinan pada Allah Maha Esa
Satu lgi kisah zaman Nabi SAW yang sy igt td ada seorang kanak2x bertemu sahabat Nabi yang mana semua kanak3x takut nk jumpa.Pabila ditanya, kenapa tak
takut? anak itu jawab; Ayah!ku ajar Takut hanya pada Allah swt.
Bayangkan betapa tinggi Keyakinan seorang anak kecil yang dididik oleh ayah ibunya yang juga ada Keyakinan Tinggi pada Allah swt! (*lupe nama)
Dari kisah2x ini kt dapat belajar yang hidup para nabi dan sahabat dlu bukan bermula dengan penuh mewah dan kesenangan.Hidup mereka bermula sehingga mereka habis meleburkan harta dan bermandi darah dalam perjuangan mereka mendapat nikmat YAKIN pada Allah SWT.Di saat Allah swt bg kurniaan rezeki pada mereka.Mereka tidak putus sujud dan berdoa pada Allah menguatkan lg keyakinan pada Allah
Lg banyak rezeki, Lg banyak mereka beribadat
Lg banyak musibah berlaku, Lg banyak mereka berdoa
Zaman sahabat Nabi selepas Hijrah, selepas kewafatan Baginda.Para sahabat terus bekerja keras membawa Islam ke
seluruh dunia berpandukan Sunnah Nabi SAW dan semangat YAKIN tinggi pada Allah swt!
Sebab mereka tau, pabila dapat nikmat YAKIN pada Allah swt, tiada apa yang perlu dirisau
Bagaimana kt boleh belajar dr kisah mereka untuk kehidupan kt harini?
Adakah kt sudah benar2x YAKIN pada Allah swt yang memberikan kehidupan, rezeki pada kt? Dh ckupke amalan kt padaNya?
Bangkitlah sahabat.Keimanan dalam diri kt mmg kt tak boleh compare dgn para sahabat tetapi itu tidak menidakkan kt
untuk memotivasikan diri kt dgn semangat dan amalan mereka dalam
mencari KEYAKINAN pada Allah swt
Apa yang kt lakukan harini
Usaha keras kt harini
Walau belum mencapai kejayaan yang dinanti
Jangan putus asa untuk terus berusaha
Jangan skip dan tinggal amalan sunnah yang mmg terbukti penuh keberkatan
Nabi pun bertahun2x diuji dlm dakwah br dapat nikmat YAKIN tu
Jangan cakap kt tak mampu kalau kt tak berusaha pun sebenarnya nk buat
Jangan takut atau malas sebab ia adalah satu pilihan! bukan Takdir!
Jadi buat pilihan yang betul dlm mendapat keyakinan pada Allah swt
Sy doakan anda semua sihat, bahagia dan berjaya dlm kehidupan bersama keluarga tersayang, organisasi Shaklee yang hebat dan juga sahabat2x kenalan yang positif yang sama2x impikan kejayaan bersama!
Sy yakin Allah swt akan bantu dan makbulkan impian kalian semua
Happy Closing Week!
#s2uFamilies
GdLuck
semua leaders dan bakal Masters baru 😊
Usaha dan Tawakal ditambah keYAKINAn, inshaAllah anda pasti berjaya
Amanat dari upline. Letakkan keyakinan kita kepada Allah melebihi segalanya.
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊