Assamamualaikum wbt,

Ramai orang kata wawa ni dah gila dengan shaklee.😄 Sebab semua barang shaklee wawa guna dan selalu bercerita pasal shaklee je. Haha

Ye la, cuma set make up dan mandian je yang belum ada. Kalau ada memang wawa tak guna lain dah.hihi

Ok, hari ni wawa nak sharing set skincare mutriwhite shaklee yang terbaik. Siapa yang boleh pakai set skincare nutriwhite?

Sesiapa sahaja yang ingin bertukar kepada produk yang lebih organik, selamat dan semulajadi. Bebas bahan kimia, tiada paraben dan mampu mengembalikan seri wajah anda.

SET SKINCARE NUTRIWHITE SHAKLEE :


Makeup Remover - membantu hilangkan sel mati dengan lembut, Aloe Vera bantu menyegarkan & menegangkan kulit. Menjadikan kulit anda lecin, lembut & berseri.

Foaming Cleanser - Gabungan rumpai laut, Alga Hijau & Strawberi Begonia membantu hilangkan kotoran, membuang sel2 mati & menegangkan. Membersihkan wajah dan menyegarkan kulit. Menyahtoksin, melembapkan, mencerahkan, lembut menyegarkan serta mengimbangkan pigmen.

Whitening Softener (Toner) - Lembut, mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kulit lebih segar, tegang, melembapkan dan mencerahkan.

Whitening Essence - Mencegah kerosakan kulit daripada cahaya matahari. Mengandungi vitamin c utk perbaiki kulit & mengembalikan seri wajah. Melembutkan & mengurangkan tompok2 hitam. Ia lembut dan mudah di serap oleh kulit.

Whitening Lotion - Kaya dengan pati botani spt Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. Bertindak menghilangkan radang kulit, sebagai pelembap ke seluruh wajah serta membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

Whitening Cream - Cream malam untuk memperbaharui dan memgembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur. Menyihatkan dan melembapkan kulit secara mendalam. Menjadikan kulit lebih gebu, halus, cerah dan berseri setiap pagi.

Spot Whitening Treatment - Menghilangkan jeragat pada kulit dengan lebih cepat. Melindungi serta menghilangkan radang kulit. Mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus

Keistimewaan Set Skincare Nutriwhite :
✔️ Dibangunkan oleh saintis dan pakar2 penjagaan kulit di Jepun & AS.
✔️ 3 tahun pembangunan produk
✔️ 16 bahan utama dari 16 buah negara
✔️ Ujian secara menyeluruh
✔️ Selamat dan berkesan 

1 set produk nutriwhite mengandungi 7 jenis semuanya. Ia sangat sesuai untuk kulit wajah Asia. Penggunaannya mampu bertahan sehingga 12 bulan. Anda hanya perlu membeli hanya sekali setahun.😊

Hubungi wawa untuk pertanyaan lanjut.