Assalamualaikum wbt,

Selamat petang semua, wawa nak share satu tips yang di ajar oleh founder Fellina butique.

(Bagaimana kami gandakan wang kami) 

#tipsfelinnanadea 

Sebenarnya fel dh pernah share tips ni.. 

Tapi x pa  fel share lagi sekali bagaimana business kami tiba2 berkembang begitu pantas sekali..

Idea marketing paling mudah.

Anda nak menjual mesti ada barang kan..? 

Beli stok barang utk dijual 10 unit.. tetapi mulakan dengan memberi 1  unit percuma kepada siapa shj.. inshaAllah Jualan  9  unit seterusnya akan menjadi mudah..

Yakin dengan Allah. Kita beri.. kita dapat balik... 

Cerita nya begini...fel n suami bersembang dgn penulis buku mudahnya menjemput rezeki..iaitu ustaz fathuri...

Bagaimana buku beliau begitu laris?

Rahsia pertama beliau... 

Setiap kali nak terbitkan buku... contoh ada 10,000 unit cetakan.. beliau pastikan akan mendermakan 1000 unit terlebih dahulu kepada beberapa org atau persatuan.

Itu apa yg fel buat terhadap baju2 di butik.. sebelum menjual fel pastikan akan senaraikan org2 yg akan fel beri baju secara percuma dan dibahagikan kepada beberapa bahagian.. 

Bulan lepas kami bermula dengan memberi 5 helai percuma satu design baju kerana fel hanya mampu menjual 50helai satu design.. 

Tapi dalam masa 1 bulan dan inshaAllah bulan depan  kami akan mula keluarkan 200 lai baju utk edaran percuma per design.. kerana permintaan baju kami telah mencapai 2000 belao satu design.. 

Bayangkan fel buat 10 design .. 
Darab 200 helai... bermakna ada 2000 helai utk diberi percuma... 

Dan bermakna permintaan baju fel dah meningkat kepada 20, 000 helai sebulan... 

Mudah kan kira2 nya? Yg penting niat sedekah dgn ikhlas... yg penting  beri baju terbaik kita.. (jgn ambik yg reject2 tau) 

Cuba anda bayangkan.... jika anda juga mampu buat begitu...