Assalamualaikum wbt,

Pernah dengan batu karang dalam hempedu? First time wawa dengar, sebelum ini biasa kita dengar batu karang dalam pundi kencing. Dan biasanya golongan lelaki yang lebih familiar dengan penyakit ini. Namun, dewasa ini golongan wanita juga tidak terkecuali. Tambahan pula customer wawa pun ada yang di diagnosis punyai penyakit batu karang dalam hempedu ini.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit batu karang dalam hempedu. Petikan Sumber di SINI.

SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU

Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.

(1) Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjanganselama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

(2) Demam - Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

(3) Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

(4) Sakit perut, loya dan muntah.

(5) Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.
Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.
PUNCA BATU DALAM HEMPEDU
 

(1) Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak.
2) Kurang minum air
3) Suka makan benda berlemak
4) Suka makan benda-benda masin
5) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
6) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat

RAWATAN UNTUK BUANG BATU HEMPEDU
PERKONGSIAN EN IZWAN MOHAMED NORDIN di Facebook

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. 

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba . Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati. Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Petua rawat "Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)" tanpa pembedahan.

Cara 1 : Express 1 hari
1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.
2. Esok pagi sarapan - minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.
3. Makan tengahari - minum jus 3 biji epal hijau
4. Makan malam - minum jus 3 biji epal hijau
5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.
6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Cara 2: Proses 6 hari
1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.
2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.
3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
- 6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
- 8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
- 10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan penggunaan
- limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

- Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu

- Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

- Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

- Amalkan 6 bulan sekali.

Selamat mencuba. Insyaallah
Boleh lawati Facebook untuk baca pengalaman dan tips bekas pesakit di sini 

BAGAIMANA MENGATASI BATU DALAM HEMPEDU
Anda dah tau apa yang menyebabkan batu dalam hempedu dan cara merawatnya. Seboleh-bolehnya, anda kawal tubuh badan anda supaya tidak kena batu dalam hempedu ni.

Bagaimana? 
Dengan menjaga pemakanan anda, iaitu dengan mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan batu hempedu seperti yang disebut di atas.

Selain itu, anda boleh amalkan supplement berikut bagi tujuan di atas.
Anda mempunyai 5 pilihan:

(1) Garlic Complex 60 biji RM47.50
(2) Lecithin 180 biji RM52.50
(3) Omega Guard 90 biji RM136.00
(4) CoQHealth Plus 30 biji RM124.00
(5) Phytocol 120 biji RM197
(6) Vivix 150ml RM475.00

Bagaimana hendak membuat pilihan supplement?

(1) Anda disarankan memilih Garlic Complex jika:
Anda kurang mampu dari segi kewangan
Anda penggemar makanan bersup sahaja
* Garlic Complex menurunkan kadar serum trigliserida dan kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(2) Anda disarankan memilih Lecithin jika:
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Lecithin menerutralkan kolesterol dalam darah

(3) Anda disarankan memilih Omega Guard jika:
Anda memerlukan hasil yang lebih pantas untuk membuang kolesterol yang banyak di dalam tubuh badan anda
* Omega Guard mempunya EPA & DHA yang dapat menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(4) Anda disarankan memilih CoQHealth Plus jika:
Anda suka makan
Anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
Anda belum berkemampuan memiliki Vivix
* CoQHealth Plus mengikis lemak & kolesterol dalam saluran darah

(5) Anda disarankan memilih Phytocol-ST™ jika:
Anda mempunyai tahap kolesterol yang masih rendah
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
Berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL  (kolesterol jahat) secara semula jadi.

(6) Anda disarankan memilih Vivix jika:
Anda berkemampuan
Anda suka makan
Anda memegang rekod tahap kolesterol tertinggi
Anda ada penyakit-penyakit lain
Anda amat jarang bersukan
Anda semakin meningkat usia
* Vivix membaik pulih tubuh dari pelbagai jenis penyakit dengan cepat, selamat & berkesan
Ingin dapatkan set kesihatan shaklee untuk Penyakit batu karang dalam hempedu? Hubungi wawa di +6019-9966576