Assalamualaikum wbt,

Berita tadi wawa sempat lihat perodua melancarkan kereta terbaru keluaran syarikat tempatan, iaitu Perodua Bezza.

Model terbaharu Sedan Cekap Tenaga (EEV) pertama iaitu Perodua Bezza di semua pameran seluruh negara bermula pada hari Sabtu 16 Julai 2016.

Sangat cantik dan moden model kereta ini. Paling best minyak yang menjimatkan.

Gambar 












Kereta dilengkapi teknologi moden, penggunaan yang mengagumkan serta mampu dimiliki itu dibina dengan tanda dagang Perodua dari segi kualiti, kebolehpercayaan, nilai dan penjagaan
Perodua Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L Transmisi Manual dan Automatik, 1.3L Premium X Transmisi Manual dan Automatik serta 1.3L Advanced Version Transmisi Automatik
Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), iaitu fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelinciran yang membolehkan pengguna mengekalkan kestabilan semasa memandu. Varian ini juga didatangkan dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Tarikan (TRC) yang membolehkan pemandu mengekalkan daya tarikan di atas jalan yang licin
Satu lagi ciri-ciri pertama bagi Perodua adalah butang mula/henti dengan kunci pintar yang hanya boleh didapati dalam varian 1.3L. Dari segi multimedia, varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan alatan mudah alih multimedia yang membolehkan pengguna mengakses media sosial dan hiburan daripada gajet Android ketika kenderaan berada dalam keadaan statik
PERODUA Bezza menerima pengiktirafan 5 bintang dari ASEAN NCAP
PERODUA Bezza didatangkan dengan enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam iaitu ‘sugar brown’, biru laut, ‘lava red’, ‘ebony black’, ‘glittering silver’ dan ‘solid ivory white’
Sumber SINI.

Senarai harga