Assalamualaikum wbt,

Salam jumaat buat semua sahabat, walaupun dah masuk malam sabtu tapi tak mengapa kan. Hihi

Hari ni wawa sempat pergi Cash on delivery vitamin untuk ibu berpantang di Dungun. Alhamdulillah, walaupun terlajak sempat u turn balik cari tuannya.

Selepas cod, wawa bersama family singgah makan pagi. Ye la, turun rumah dah makan nasi lemak tapi sampai Dungun teringin makan roti canai telur. Orang banyak makan memang macam ni, tak sampai tengah hari melantak 2 3 kali. Alhamdulillah, rezeki.


Sambil makan, wawa sempat berwhaysapp dengan customer yang baru lepas cod. Ye la, customer baru kata kan. Sesi berkenalan lebih lanjut la. Tanya punya tanya, masuk bab umur. Terima kasih atas pujian, wawa kembalikan pujian ini pada Allah swt. Alhamdulillah, dengan izin Allah juga walaupun dah masuk 3 series, orang sering salah anggap pada wawa. Katanya macam umur 20an.

Ada juga yang cakap macam anak dara. Tak macam orang dah kahwin. Bila wawa bagitau dah kahwin, semua ingat pengantin baru. Bila wawa keluar makan atau dating dengan suami, masing2 pandang serong bila kami berpegangan tangan. Mungkin mereka ingat kami sedang bercinta. Hehe

Walau apa pun tanggapan orang, wawa tak pernah lupa amalkan minum air masak setiap pagi, baca selawat dan minum secawan air campuran Vivix Shaklee. Agen awet muda sepanjang zaman.")