Assalamu’alaikum Dearies,
Hai semua, apa khabar? Allahuakbar, Alhamdulillah Allah
sihatkan tubuh badan kita. Wawa yakin, setiap dari kalian yang baca entry wawa
ini punyai kesihatan yang super duper baik. Subhanallah, terima kasih Allah.
Subhanallah, perasaan wawa sangat terharu dengan nikmat
rezeki yang Allah bagi pada wawa. Dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang
sangat baik. Bayangkan, setiap hari rezeki makanan tak pernah miss. Ada saja
yang bawa bekalan dari rumah, tak perlu membeli pun. Kadang-kadang kami
bertukar makanan. Allah, nikmatMu tak pernah habis.
Waktu kerja juga sama, jika wawa tak mampu nak siapkan kerja
yang menimbun seorang, datang sahabat hulurkan tangan ringankan beban wawa. Subhanallah,
Engkau Maha Baik Ya Allah.
Syukurlah sentiasa kerana Allah tambahkan lagi rezeki orang-orang yang bersyukur.
3 Comments
KALAU TAHU BERSYUKUR PASTI ALLAH TAMBAHKAN LAGI NIKMAT-NYA
ReplyDeleteSemakin kita bersyukur...semakin bertambah nikmat rezeki kita...amin...
ReplyDeleteHye wawa...
amin.. harap sempena tahun baru ni, rezeki yang halal dan barakah akan bertambah2
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊