Maksud surah Al-Baqarah, Ayat 156-157
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Al-Baqarah (2:156-157)
Bila baca maksud ayat ini, rasa kerdilnya diri. Bila mana bila diingat balik apa yang wawa buat bila tertimpa sesuatu keadaan yang kurang enak. Cepat saja mulut ini mengeluh. Allahurabbi.
Terkhilaf yang kadang-kadang ia datang secara spontan. Bagaimana kita nak didik hati, mulut dan fikiran seiring.
Bila terkena sesuatu, ucapan "Innalillahiwainnailahirojiun" terus terpacul.
Buat masa ini, ayat diatas hanya keluar bila kita dengar kematian sahaja.
Ya Allah, didiklah hati kami, mulut kami dan fikiran kami dengan husnuzzon (bersangka baik) setiap masa, walau apa keadaan sekalipun.
Amin Ya Rabbal Alamin.
1 Comments
A good reminder akak. TQ :)
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊