Assalamualaikum Dearies,



[ PENYEBAB KULIT KERING ]

Kulit kita dapat menjadi lembut dan halus kerana adanya kelenjar minyak yang ditemukan di bawah kulit kita. Kulit akan menjadi kering ketika kelenjar ini gagal menyediakan pelumasan yang cukup untuk menjaga kulit yang lembut dan halus. Berikut beberapa kemungkinan penyebab:

✔Cuaca dingin dan kering musim
✔Cuaca kering dan dingin boleh menyebabkan pengeringan kulit sehingga menjadi bersisik.
✔Kurangnya kelembaban adalah penyebab yang cukup untuk menyebabkan kulit kering.
✔Kulit terdedah kepada cahaya matahari secara terus.
✔Boleh juga kerana faktor genetik
✔Mungkin juga timbul kerana kekurangan gizi akibat pola makan yang diet yang tidak sihat.
✔Cuaca ekstrim, mandi air yang terlalu panas, sabun yang kuat, berenang di air yang mengandung clorin. bahan kimia dari kosmetik yang kuat.
✔Kulit kehilangan kemampuannya untuk mempertahankan kelembaban, misalnya karena usia.
✔Karena penyakit seperti hipotiroidisme, diabetes, eksim, psoriasis atau seborrhea.
✔Akibat penggunaan ubat- ubatan seperti diuretik dan antihistamin.


Semoga bermanfaat.