Assalamualaikum wbt,

Ya Allah, baru jumpa tutorial nak buat segmen copy paste. Wawa parking sini dulu laa ye.. Thanks Kak MIA sediakan tutorial ini..

Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste


Diharap ini dapat membantu para blogger dalam membuat segmen copy paste seperti yang Mia maklumkan dalam entri SINI. Semoga idea segmen copy paste dari Mia ini menjadi sumber inspirasi kepada blogger lain.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
(klik pada gambar untuk besarkan)

Buat Entri Segmen

Mula-mula, buatlah entri untuk segmen yang hendak dianjurkan. Mia ambil contoh masa nak buat entri  Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com






Cara Nak Dapatkan URL Entri Segmen

Ambil Dari Post Settings di sebelah kanan.



Kemudian linkkan banner dan tajuk segmen dengan URL entri tadi.



Copy Coding Entri Segmen

Klik pada HTML dan kemudian highlight semua coding dan copy.





Kotak Segmen

Download dahulu template kotak segmen di SINI.

Selepas download, cuba buka fail tadi menggunakan aplikasi Notepad.



Nampak tak ayat ini, * isikan butiran coding entri di sini * gantikan dengan coding entri segmen yang telah di copy tadi. Dah siap, Save dahulu.


Seterusnya, copy semua coding di dalamnya untuk langkah selanjutnya.


Masukkan Kotak Segmen Ke Dalam Entri Segmen

Edit entri segmen tadi dan masukkan ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini : di ruangan Compose.



Klik pada HTML, dan cari ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Paste kan coding kotak segmen tadi di bawah ayat Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :

* mia tambah tag center sebelum dan selepas tag span untuk center kan kotak segmen

 tag center sebelum tag span
tag center selepas span

Hasilnya, bila kita klik pada ruangan Compose akan jadi begini..



Publish Entri Segmen

Barulah boleh Publish entri segmen tadi dengan jayanya. Selamat mencuba..