3 JENIS SUSU IBU
1) Kolostrum
Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu ketika dari kehamilan lagi. Ia adalah 'makanan' terbaik untuk bayi baru lahir.
Kolostrum tidak terhasil dalam kuantiti yang banyak tetapi pekat dan sangat padat dengan nutrisi. Ia mengandungi antibodi yang bukan sahaja melindungi bayi dari bakteria dan virus, tetapi juga merangsang pengeluaran mekonium iaitu najis pertama bayi yang berwarna hitam.
SUSU MATANG (Mature Milk)
Kira-kira 2 ke 4 hari selepas bayi dilahirkan (bergantung kepada kekerapan penyusuan ketika beberapa jam dan hari pertama selepas kelahiran), 'susu matang' akan terhasil pula.
Ia terbahagi kepada 2 iaitu Foremilk dan Hindmilk.
2) Foremilk
Foremilk ialah susu yang dihasilkan ketika awal bayi menyusu.
Foremilk kelihatan lebih jernih kerana mengandungi lebih banyak air dan lebih sedikit lemak.
Ia mengandungi laktosa yang penting bagi pembentukan otak bayi dan memenuhi keperluan bayi menghilangkan kehausan.
Foremilk juga kaya protein yang berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh, membantu mempercepat pembentukan saraf dan jaringan tubuh, dan memperkuat daya tahan tulang serta kulit.
3) Hindmilk
Setelah beberapa saat penyusuan (biasanya sekitar 5 minit), susu ibu akan berubah warna menjadi lebih putih bersih. Ia dipanggil hindmilk, kerana muncul di akhir atau di tengah-tengah proses penyusuan.
Hindmilk berwarna putih kerana mengandungi lebih banyak lemak dibandingkan dengan foremilk sehingga bayi akan mendapatkan cukup tenaga dan merasa kenyang seharian.
Hindmilk mulai terbentuk ketika kadar air susu dalam payudara berkurang. Semakin sedikit jumlah air susu, semakin tinggi pula kandungan lemak di dalamnya.
Lemak juga penting dalam melindungi organ-organ dalam tubuh bayi yang belum terbentuk sempurna, sebagai sumber tenaga dan melindungi tubuh bayi dari serangan suhu panas mahupun dingin.
Ada yang beranggapan bahawa bayi harus disusukan secara bergilir di kiri dan kanan payudara agar bentuk payudara tetap sama (tidak besar atau kecil sebelah).
Tetapi ini akan menyebabkan bayi lebih banyak menyerap foremilk daripada hindmilk. Akibatnya bayi akan mudah lapar dan sering gelisah dalam tidurnya.
Lebih baik biarkan bayi menyusu pada satu payudara sampai kosong, baru berpindah ke payudara satu lagi.
Atau 15 minit untuk 1 payudara, baru berpindah ke payudara satu lagi. Durasi menyusu yang normal adalah sekitar 25-30 minit, selebihnya bayi hanya menghisap puting susu tanpa menghisap air susu.
Sumber:
http://www.babycenter.com/404_whats-colostrum_8896.bc
http://id.theasianparent.com/seputar-asi-mengenal-foremilk-dan-hindmilk/
#wawabiz
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Menyusu?
📲 019-9966576
Nadiah Suhaidi
0 Comments
Post a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊