Assalamualaikum wbt,
Hai semua, bulan ni promosi untuk kecantikan dan kekurusan tau.. hehe
Jadi, mai dengar wawa cerita tentang vitamin untuk kurus dan buang lemak korang. Nak tahu tak vitamin apa? Haa, inilah vitaminya iaitu LECITHIN.
APA FUNGSI LECITHIN?
Lecithin adalah
pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada
lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak
degil tersebut melekat pada dinding membran.
APA KANDUNGAN LECITHIN?
Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang
soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin
soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol.
Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol,
fosforus dan lemak tak tepu.
APA FUNGSI KOLINA?
Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong
kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu
komponen neuro penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej
kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak
degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak
kita berfungsi dengan cerdas.
Manfaat Lain Dalam Lecithin
1. Ia boleh melindungi hati kita.
Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati
berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
Lecithin bertindak sebagai 'pembersih'
salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,
kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.
Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti
yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita
berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula tanpa penyakit kerana ianya
seimbang dengan tubuh badan kita. Lecitin mampu membakar lemak
lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian...
Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
4. Mencantikkan otot dan kulit.
Ia mengelakkan kulit
bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa.
Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit
supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan
melambatkan penuaan.
5. Memperbaiki alergi
~ Lecithin boleh menghalang platlet
darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh
menyebabkan alergi semakin parah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan
alergi.
6. Menghalang kejadian batu karang
Batu karang tu terjadi akibat dari
kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk
pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi
batu karang.
Kolina yang berfungsi untuk penghantar/ agen
saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa
pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan
meringankan stress. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam
transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro
transmitter(berkaitan short term memory). Malah sesetengah pakar menyarankan
pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan..
8. Menghalang tekanan darah tinggi
Lecithin boleh menghalang
arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang
darah daripada tersekat atau tersumbat. Boleh juga untuk mengatasi
masalah prostat lelaki
10. Meringankan sembelit
Fungsinya untuk melembutkan najis dengan
cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
11. Mengurangkan sakit ketika Haid dan
Menopouse
Lecithin diperlukan dalam
penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna
dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
12. Mengurangkan dan melegakan bengkak
susu Ibu Bersalin
Semasa bengkak susu berlaku, mungkin ada
duktus tersumbat atau ada salur-salur yang penuh dengan susu menyebabkan
pengaliran tidak lancar. Menurut Dr Jackman, Lecithin bertindak dengan
mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu
dalam susu. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg
Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.
Health & Beauty Consultant
-WAWA-
2 Comments
great
ReplyDeletenice sharing.. ^_^
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊