Assalamualaikum wbt,

Hai semua, sarapan apa pagi ni? Wawa macam biasalah hujung minggu pun masih bekerja, jadi minum ESP sahaja bersam roti.")

Tak menahan tajuk kan, iya laa suami kita, kita laa yang kena kagum. Suami wawa kini bekerja di Gebeng Kuantan Pahang, jadi hanya seminggu atau dua minggu sekali balik. Kerja dan jarak menjadi penghalang untuk suami wawa berulang alik. 

Alkisahnya malam tadi, kami berwhatsapp sambil wawa berpm dengan customer. Tetiba suami hantar gambar masakan beliau iaitu paprik ayam dan ayam goreng. Satu rumah ada 12 orang, dan suami wawa masakkan.



Agak tidak percaya sebenarnya, sebab dekat rumah memang laa suami selalu jugak masak tapi hanya untuk kami berdua sahaja. Bila suami bagitau masakkan dalam kuantiti yang banyak, wawa terkagum sendiri. Apatah lagi suami dapt pujian dari housemate masakannya sedap. Haha


Seriuously, wawa akui suami lebih hebat memasak dari wawa. Bukan sahaja rasa malah masa juga wawa kalah. Jika wawa masak ambil masa paling kurang 30-60 kinit baru boleh makan. Berbeza dengan suami, yang mana hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk masak.. Lawak kan.. Kiki