Pernah tak gugur rambut? Perkara paling menakutkan bagi seorang wanita adalah rambut gugur. Betul ke betul?
Jika sehelai rambut mungkin ok, tapi jika setiap kali kita sikat rambut sampai nampak rambut je kat sikat tu. Itu adalah perkara yang sangat menakutkan. Silap hari bulan boleh botak tau.
Korang tahu tak? Jika seseorang mempunyai rambut kurang atau amjarang ia mempengaruhi wajah kita. Kita akan nampak lebih tua dari usia.
Tahukah anda, kenapa rambut boleh gugur?
PUNCA-PUNCA RAMBUT GUGUR
1.
Menggunakan Perapi dan Bahan
Kimia Berlebihan. Ramai dari kita yang gemar
menggunakan produk penjagaan rambut dengan tujuan menjaganya. Contohnya untuk
teknik rebonding / meluruskan rambut ataupun mewarnakan rambut. Sesetengah
produk mengandungi bahan kimia yang menyerap sehingga ke akar dan menyebabkan
keguguran.
2.
Hormon Wanita Berubah Semasa
Kehamilan dan Bersalin. Semasa hamil, badan ibu
mengalami banyak perubahan fizikal dan dalaman. Ini semua melibatkan hormon
dalam badan seperti estrogen dan progesteron. Kandungan hormon yang berubah ini
menyebabkan masalah rambut gugur pada ibu hamil dan baru bersalin.
3.
Keturunan dan Baka. Sejarah keluarga dan keturunan kita memainkan peranan dalam
punca keguguran rambut. Sekiranya ibu bapa kita mengalami masalah ini selepas
umur tertentu, besar kemungkinan kita juga mewarisinya daripada mereka.
4.
Gangguan Sistem Peredaran
Darah. Badan kita mempunyai satu
sistem pengangkutan yang cekap. Sistem yang dinamakan peredaran darah ini
mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan. Atas sebab tertentu (seperti
diet harian dan salah urat) berlaku gangguan pada sistem ini yang menghala ke
kulit kepala. Menyebabkan masalah kekurangan nutrien pada rambut dan akarnya
menjadi tidak kuat.
5.
Banyak Memakan Makanan Yang
Berangin. Sesetengah makanan boleh
menyumbang kepada masalah angin badan. Mempunyai masalah angin badan yang
serius dan sakit kepala. Kesannya juga dapat dilihat pada bilangan rambut yang
gugur.
6.
Tabiat Suka Mengikat Rambut. Bergantung pada individu, ada yang gemar menggayakan pelbagai
fesyen rambut terkini. Ini melibatkan mengikat, menyikat dan menarik rambut
dengan kerap dan ketat. Lama kelamaan, akar rambut akan menjadi lemah dan
senang luruh.
7.
Diet Dan Gizi Makanan Harian. Makanan yang diambil seharian memainkan peranan penting pada
kesihatan diri. Sekiranya nutrien yang diperlukan badan tidak mencukupi.
Ataupun mengambil makanan yang mengganggu hormon badan, rambut boleh gugur.
8.
Memakai Tudung Yang Kurang
Sesuai. Ada tudung dan selendang yang
di perbuat dari baan yang tidak menyerap peluh dan panas kerana pengudaraan
yang tidak baik. Ini akhirnya menyebabkan masalah kelemumur. Gunakan kain
tudung dan shawl chiffon kapas dan koshibo untuk keselesaan.
9.
Kerap Menukar Syampoo Yang Di
Gunakan. Elakkan menukar penggunaan
syampoo dengan kerap kerana ini akan menyebabkan tindak balas pada kesihatan
kulit kepala.
10.
Tidak Menjaga Kebersihan Rambut. Wanita muslimah yang memakai tudung dan bekerja di luar mestilah
kerap membersihkan rambut supaya lapisan minyak dari peluh dapat dibersihkan
dan mengelakkan pembiakan koloni bakteria. Yang akhirnya menyebabkan kelemumur.
Sumber : SINI
3 Comments
banyak sbb yg menjadikan rambut gugur ya...
ReplyDeletegood info.. :)
ReplyDeleteTime shampoo mmg bnyk rambut yg gugur, sedih je rasanye.... Tp klu Cikna xbuat perkara yg ke-6 tu mmg xsah kot rasa rimas je....
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊