Assalamualaikum wbt,

Sudah minum air? Wawa dah habiskan almost 2 liters petang ni..




Kenapa kita perlu minum air yang cukup dan kerap?

Kita digalakkan minum air dengan kerap, doktor2 sentiasa menyarankan supaya kita minum air dengan cukup.

Selalu dengar, untuk badan normal kita perlu minum sekurang-kurangnya 2.5l - 3 liter dalam sehari. 

Ramai yang salah sangka, kerana ingatkan kena minum 3 liter sekaligus. Ohh, tidaklah begitu sayang2 sekalian..")

3 liter hanyalah ukuran, untuk kita habiskan dalam masa satu hari. Tetapi harus diingat, minum secara berkala iaitu berkadar perlu sahaja setiap masa. Dalam kata lain, sedikit tetapi kerap. Contohnya, satu jam kita minum air masak satu gelas dan ulang sehingga cukup 3 liter.. kalau nak minum lebih pun boleh..hehe

Ok, kenapa kita kena minum dengan kerap? Sebab dalam badan kita ada kahak. Anda tahu tak apa fungsi kahak..Kahak ni akan kumpul semua kuman2 yang kita dapat melalui udara.

Fungsi kahak ni akan mengumpul semua kuman yang masuk ke dalam mulut kita.Apabila telah banyak terkumpul tetapi kita tak 'flush' the kahak, maka kahak itu sendiri akan pecah dan merebaklah segala kuman yang telah terkumpul tadi di dalam badan kita. Pasal tu la kita boleh demam or selsema or batuk dan macam2 lagi.

Bila kita minum air. secara automatiknya kita dah 'flush' kahak tersebut..Ia akan keluar melalui atau jadi air kencing or jadi peluh kita, yang penting ianya akan keluar dari badan kita.

Ok, sekarang dah faham kenapa kita perlu minum air??? Jadi, tunggu apa lagi?? MINUM AIR SEKARANG!")

Kredit to kak Syamsidar atas perkongsian ini.

Semoga bermanfaat semua..")