Assalmualaikum wbt,

Hackers, siapa kenal hackers? Sure kita tak kenal kan, kalau tak sure kita bagi pelepuk sekali.. hehe. Pagi tadi, ada kawan sideline wawa bagitahu blognya kena hack. Segala entry yang di post sebelum ni semua hilang. 

Tetiba wawa teringat, satu ketika dulu wawa juga pernah kena. Bila login id blog, tetiba keluar page blog wawa kena hack. Yang bagusnya, si hackers tu letak laa jugak maklumat email dia untuk kita contact suruh betul kan balik. Alhamdulillah, dalam 24 jam juga untuk back to OK dengan bantuan sahabat-sahabat blogger yang lain.

Fenomena hackers ni dah lama wujud dan apa motif dieorang, wawa pun tak tahu. Maybe salah satu cara untuk tunjukkan skill mereka dalam dunia IT. Ada tak cara untuk mengelakkan blog kita di hack? InsyaAllah ada, jom ikuti bacaan selanjutnya dibawah..hihi

Di bawah ni, wawa kongsikan tips bagaimana untuk elak blog dari di ceroboh hackers.

1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.
  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9
2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.


4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login. Caranya : 

  
Semoga bermanfaat..")