Assalamualaikum wbt,
Hai korang, apa khabar? Wawa doakan kalian dikurniakan
kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah. Diperluaskan rezeki dan
dipermudahkan urusan seharian.
Hari ni mood memasak datang dan makanan favorite wawa
semestinya TOM YAM ALA THAI.hihi
Sudah dua hari wawa masak tom yam, bila sekali makan tu macam tak dapat nak
stop. Sudahnya, esok pun masak tom yam lagi. Jom cuba resepi Tom Yam dari dapur wawa.
Kita pinjam gambar en google, tak sempat nak snap gambar dah habis..")
Bahan-Bahan:
- Ayam di potong kecil (wawa suka bahagian isi dipotong kecil )
- 1 Tom yam paste
- 1 bawang besar (dipotong 4)
- Sayur-sayuran (lobak, baby corn, bunga kubis, tomato)
- 1 batang serai
- 1-2 helai daun limau purut
- 1 sudu kecil susu pekat manis
- 1200ml air
- Garam secukup rasa (1/2 sudu garam kasar)
- Cili Padi 3 biji
Cara-Cara Memasak:
Panaskan air ke dalam periuk bersaiz sederhana, masukkan
ayam yang telah dipotong kecil, masukkan paste tomyam dan susu pekat manis.
Biarkan ia menggelegak sehingga ayam jadi empuk. Masukkan bawang, serai dan
daun limau purut. Masukkan sayur-sayuran lobak,
baby corn dan bunga kubis dan cili padi. Akhir sekali masukkan garam (ikut citarasa
masing2). Wawa suka masin sikit.
Kalau garam biasa, boleh letak garam 1-2 sudu kecil. Biarkan sayuran masak sedikit dan boleh tutp api. Ok,
taraaa dah siap..”)
Selamat mencuba.”)
Jangan lupa makan Omega selepas itu, sebab confirm makan
banyak kali.hihi
3 Comments
sedap
ReplyDeletenikmat..hirup kuah dia..fuyooo..
ReplyDeletesalam singgah sini sis...sedapnya tom yam....
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊