Assalamualaikum wbt,
Hai sahabat wawa yang cantik lagi hensem. Dah makan? Alhamdulillah, wawa pun baru je lepas makan. Makanan wawa simple je, nasi putih, tomyam ayam dan air masak. Dah kenyang..hihi
Tapi, langsung tak ada khasiat kan? Haa, inilah salah satu sebab mengapa kita perlukan makanan tambahan dalam seharian
Korang makan menu apa untuk tengah hari? Cukup tak nutrisi untuk badan?
Jom kita rungkai, mengapa kita perlukan supplemen. Pelbagai faktor yang menyebabkan kita perlukan supplemen tambahan ni. Antara sebab mengapa kita perlukam supplemen adalah :
- Tubuh kita memerlukan dos vitamin yang tinggi daripada sumber makanan seharian. Kita boleh dapatkan vitamin melalui pemakanan, namun ia tidak cukup untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
- Radikal bebas - Kita sering terdedah dengan persekitaran yang tidak bersih. Udara yang kita hirup seharian adalah udara yang kotor. Udara yang tidak bersih ini adalah menyebabkan radikal bebas. Ia menyebabkan sel-sel dalam badan kita cepat musnah. Jadi, apabila sel-sel badan musnah, pelbagai penyakit akan mudah menyerang seperti flu, demam, kulit yang tidak sihat dan sebagainya.
- Fast Food - setiap hari kita makan makanan segera, seperti kfc, mcd, pizza dan sebagainya. Makanan yang kita makan, tidak diketahui cara pemprosesannya. Ia mengandungi zat aditif yang boleh menyebabkan ketagihan kita untuk sentiasa makan. Selain itu, fast food boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan.
- Makanan sekarang lebih terdedah kepada bahan kimia. Contohnya, buah-buahan serta sayur-sayuran tercemar disebabkan oeleh penggunaan baja sintetik dan racun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut. Tahukah anda, mereka juga menggunakan bahan kimia untuk mengelakkan dari gangguan serangga pada sayuran yang ditanam.
- Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan cafein berlebihan, lemak, kolesterol, gula dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral dalam badan.
- Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stressnmenyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan. Macam wawa, kerja 6 hari seminggu, dari jam 8 - jam 6 petang kadang menginjak ke 7 petang. Sangat tidak normal waktu bekerja. Jadi, wawa perlukan supplemen yang bagus untuk memberi tenaga sepanjang hari.
=====
Ingat ya sahabat, supplemen bukan ubat untuk menyembuhkan tapi ia adalah makanan tambahan yang kita perlu disebabkan pemakanan seharian kita tidak memberi zat dan mineral yang cukup.
Semoga bermanfaat..")
4 Comments
Betul. Vitamin juga diperlukan badan :)
ReplyDeleteBetul.setuju sis..
ReplyDeleteSaya selalu nasihatkan patient yang sakit/sengal otot makan supplemen sebab otot pun need supplemen sebagaimana perut kita perlukan makanan.
ReplyDeletefaham sangat keperluannya..terima kasih dapat info mantapka lagi kesihatan..
ReplyDeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊